RSS

Berfikiran Terbuka

24 Mar

Domain : Berpersonaliti Berfikiran Terbuka

Dapatan Kajian 1

  1. Berprasangka atau benci akan menjadikan hidup kita penuh rasa curiga mahupun dendam. —  20 mac

(Frasa 1, menampakkan responden memberi nasihat, kehidupan yang sejahtera adalah  negatif seperti berprasangka, membenci dan berdendam. Responden secara tersiratnya, menegaskan bersikap terbuka dalam hidup bermasyarakat akan lebih menjadikan diri sentiasa menerima dan menghormati kebahagiaan dan rezeki orang lain.)

Dapatan Kajian 2

2.    Aku berusaha untuk mengelakkan kebimbangan masa depan dan mengelakkan penyesalan masa lalu.. Ubah hidup ini agar sentiasa syukur, sentiasa yakin, sentiasa hormati orang dan sentiasa ikhlas hati 17 mac

(Frasa 2, responden dilihat amat bersikap terbuka tanpa mengikut emosi/ perasaan walaupun beliau jelas pernah merasa kesal di atas sesuatu perkara yang lampau. Responden tidak berputus asa disebabkan penyesalan yang dirasainya, malahan sentiasa berusaha untuk mengubah hidupnya menjadi lebih berkeyakinan, menghormati dan ikhlas dengan masyarakat sekeliling. Bentuk pemikiran yang terbuka amat jelas dilihat melalui kekerapan perkataan “sentiasa” yang digunakan secara berulang-ulang bersama dengan kata-kata positif yang lain antaranya “sentiasa syukur”, “sentiasa yakin”, “sentiasa hormati orang” dan “sentiasa ikhlas”.

Dapatan Kajian 3

3.    Kamu tak semestinya dapat apa yang kamu inginkan. Tapi jika kamu berusaha sebaik mungkin, kamu mungkin akan dapat ape yang kamu perlukan. 13 mac

(Frasa 3, jelas menerangkan responden sentiasa bersikap terbuka dalam mendapatkan sesuatu yang dikehendaki, responden yakin dengan berusaha gigih, berkeyakinan dan sanggup menempuh cabaran akan membawa kepada kejayaan dalam mencapai keperluan dan kehendak diri, ini dapat dikesan melalui ayat yang kedua yang berbunyi “Tapi jika kamu berusaha sebaik mungkin, kamu mungkin akan dapat ape yang kamu perlukan”.)

Dapatan Kajian 4

  4.     Knowledge has its own way of multiplying itself. D more u share, d more u get. D more u keep, d more u forget. Do u agree? 4 mac

(Frasa 4, responden berkongsi pandangannya tentang kepentingan perkongsian  ilmu pengetahuan, jika manusia mengamalkan sikap kedekut untuk berkongsi ilmu maka ilmu pengetahuan yang ada tidak berkembang dan pemikiran juga menjadi tertutup. Berdasarkan frasa keempat tersebut ianya amat jelas dalam ayat pertama melalui penggunaan kekerapan frasa ” Do more u share”, “Do more u get”, “Do more u keep”, “Do more u forget”. Berdasarkan frasa tersebut perkataan “share”, “get”, “keep” dan “forget” adalah kata kunci kepada pentingnya sesuatu perkara yang diperolehi dikongsi bersama orang lain. Oleh itu, pandangan responden tersebut jelas membuktikan beliau seorang yang berfikiran terbuka dan suka berkongsi ilmu pengetahuan dan tidak bersikap pentingkan diri (berfikiran kolot). )

   Dapatan Kajian 5

   5.      Setiap kesulitan, kegagalan & sakit hati pasti akan disertai dgn kebaikan yg setara atau lebih besar…3 mac

(Frasa 5, responden menyatakan manusia harus akur dan berani berdepan realiti penuh dengan cabaran kerana dengan bersifat realistik (berfikiran terbuka) segala cabaran dapat diharungi dan pasti ada kebahagiaan yang menanti.)

   Dapatan Kajian 6

   6.     If you don’t like how things are going, then change them. If you can’t change them, change the way you think about them. 28 feb

(Frasa 6, responden memberi sedikit panduan kepada permasalahan atau terbelenggu dalam situasi tertentu yang memerlukan jalan penyelesaian. Responden berpendapat setiap masalah pasti ada cara / jalan penyelesaian melalui kepelbagaian bentuk perubahan yang boleh dilakukan dalam menemui jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah atau situasi yang dihadapi, Hujahan saya dapat diperkukuhkan melalui kekerapan kata “change” yang amat ditegaskan oleh responden, yakni responden bersikap terbuka dalam bersedia melakukan bentuk perubahan yang sesuai bagi tujuan menyelesaikan masalah mahupun berada dalam situasi yang buntu. Responden terbukti sekali seorang yang berfikiran terbuka dan tidak hanya berfikir dalam kotak pemikiran yang sempit jika dilanda kesulitan dan bersedia membuat dan menerima perubahan.)

   Dapatan Kajian 7

   7.     All human got potential to change..27 feb

(Frasa 7, responden menegaskan secara terbuka bahawa, setiap manusia mempunyai potensi diri masing-masing dan hanya memerlukan kebijaksanaan manusia dalam menerokai kelebihan dan  potensi diri bagi mengubah diri ke tahap yang terbaik.)

Dapatan Kajian 8

  8.     Jangan terlalu mengambil serius sesuatu perkara sehingga menjadi rumit masalah. Bawalah bersabar dan tenang dan cari jalan penyelesaian masalah.

(Frasa 8, responden menasihati agar sesuatu masalah tidak dikusutkan lagi , tetapi hendaklah menenangkan perasaan, sabar dan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Keluhan ini dilihat, responden seorang berfikiran terbuka. Beliau tidak mudah menggunakan emosi dalam menghadapi masalah tetapi lebih menggunakan akal fikiran yang tenang dan bersikap keterbukaan.)

Dapatan Kajian 9

  9.   Jangan kita asyik mengkritik kekurangan orang lain, adalah lebih baik kita menerima kekurangannnya dengan hati yang terbuka!!!!….betul tak kawan-kawan?….

(Frasa 9, responden jelas sekali berfikiran terbuka , melalui kata “terbuka!!!!…”, kata tersebut menunjukkan beliau seorang yang bersifat terbuka dan berdasarkan frasanya beliau meminta rakannya agar menerima kelemahan orang lain dengan hati yang terbuka.)

Dapatan Kajian 10

 10. Saya anggap itu bukan rezeki saya, dan saya yakin anda ada kelebihan yang saya tidak ada….okay?..si dia jangan lah risau..saya ok..kita still kawan!!!…..

(Frasa 10, responden kelihatan memaklumkan kepada rakannya agar tidak risau kepada perasaannya, kerana responden menerangkan beliau percaya kepada rezeki dan percaya rakannya ada kelebihan yang dirinya tidak ada. Jelas sekali pernyataan responden menggambarkan beliau seorang yang berfikiran terbuka.)

 

2 responses to “Berfikiran Terbuka

  1. noramirah

    May 25, 2012 at 4:21 pm

    data tentang berfikiran terbuka jelas menunjukkan bhw pemilihan status yg dipilih sgt tepat dan memperlhatkan personaliti respondan yg dipilih. tahniah.

     
  2. Dr. Zulkifli Ahmad

    June 13, 2012 at 8:56 pm

    Sudah disemak. Dapatan kajian anda didapati lengkap tetapi rumusan kajian tidak dibuat.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: