RSS

Menyenangkan Perasaan

24 Mar

     Domain : Personaliti Menyenangkan Perasaan

Dapatan Kajian 1

  1. goodmorning n happy saturday……!!!17 mac

(Frasa 1, responden jelas individu yang peramah dan gemar menyapa bagi tiap kali memulakan post di ruangan wall ini dapat dilihat melalui kata-kata sapaan memberi ucapan contoh dalam frasa ialah “goodmorning n happy saturday”, disusuli dengan penggunaan tanda seruan “!!!!” yang memberi penanda emosi dan perasaan yang riang dan ceria. Responden terbukti seorang yang menyenangkan perasaan rakan FBnya melalui ayat sapaan yang berbaur emosi yang riang.)

Dapatan Kajian 2

  1. ya lah anna….yobbi anna…pa kbr drik tek..? 17 mac

(Frasa 2, responden memulakan komunikasinya bersama rakan FB dengan bertanya    khabar bagi menunjukkan beliau seorang yang peramah dan mendatangkan keselesaan terhadap rakan FBnya sendiri, melalui frasa “pa kbr drik tek..?”, frasa tersebut ialah penggunaan dialek Sarawak yang membawa makna “apa khabar kamu ni?”. Sapaan yang amat menyenangkan perasaan apabila seseorang tersebut memulakan perbualannya melalui bertanya khabar terlebih dahulu. Oleh itu, responden tersebut terbukti seorang individu berpersonaliti menyenangkan perasaan.)

Dapatan Kajian 3

  1. 1st day!!! whoahhh!!!!! its raining!!! waahhhh……. thank God!! 13 feb

(Frasa 3, responden cuba mewujudkan suasana yang riang kepada rakan Fbnya, walaupun cuaca pada 13 Februari 2012 tersebut hujan, apabila cuaca hujan tentunya aktiviti luar tergendala. Maka dengan itu, responden bertindak sebagai individu yang membawa keceriaan kepada rakan FBnya yang mungkin dalam keadaan  “boring” kerana tidak dapat menjalankan aktiviti luar disebabkan hujan. Ini dapat dilihat melalui perkataan “whoahhh!!!!”, “waahhh…” dan 2 perkataan terakhir dalam ayat “thank God!!!” menyatakan kesyukuran kepada Allah SWT menurunkan hujan yang merupakan suatu rahmat. Jelas sekali responden seorang yang bersifat menyenangkan perasaan.)

Dapatan Kajian 4

4.      GOODLUCK!! 11 jan

(Frasa 4, responden memberi kata-kata sokongan dan semangat kepada rakan FB untuk menghadapi sesuatu tugas atau situasi, contohnya melalui kata sapaan “GOODLUCK!!” yang menunjukkan responden memberi kata -kata semangat kepada rakan FBnya yang akan menghadapi tugasan atau situasi.  Responden memang jelas mempunyai personaliti menyenangkan dan menenangkan perasaan rakan FB.)

Dapatan Kajian 5

  1. GOODMORNING!!! ITS MONDAY!!! 6 feb

(Frasa 5, Jelas membuktikan responden seorang pencetus situasi yang ceria melalui sapaannya kepada rakan FBnya melalui ucapan selamat, contohnya dapat dilihat berdasarkan dapatan kajian ke-5, sapaan / ucapan “GOODMORNING!!!…ITS MONDAY!!!”, diiringi dengan penggunaan tanda seruan “!!!!” yang membawa maksud intonasi yang ceria tanpa menunjukkan ucapan yang hambar. Maka melalui tafsiran saya ,responden ternyata diklasifikasikan individu berpersonaliti menyenangkan perasaan.)

Dapatan Kajian 6

  1. Hai!!!…ape khabar rakan2 FB ku?…ape yang best arinie?…4 feb

(Frasa 6, Sekali lagi dapat dilihat responden berpersonaliti menyenangkan perasaan rakan FBnya, responden memulakan sapaan dengan bertanyakan khabar rakan FBnya dan kemudian mula memberi ruang kepada rakan FBnya menceritakan perkara indah yang telah berlaku.)

Dapatan Kajian 7

7.     Semoga RAKAN-RAKAN KU GEMBIRA  HARI INI…!!!!!! :))))…6 feb

(Frasa 7, jelas dapat dikategorikan responden berpersonaliti menyenangkan perasaan rakan-rakannya, responden memberi ucapan yang berbaur harapan yang positif agar semua rakan yang mengenali dirinya berada dalam emosi yang gembira, riang dan tidak dalam kesedihan. Ini dapat dilihat dalam ayatnya yang berbunyi ” Semoga, RAKAN-RAKAN KU GEMBIRA HARI INI…!!!!! :))))…, disusuli dengan tanda seruan dan lambang emoticon smiley yang memberi gambaran emosi gembira terhadap rakannya. Setiap kata seperti /rakan/, /gembira/, /hari/ dan /ini/ ditulis dengan huruf besar yang menunjukkan betapa besar harapannya untuk rakannya dalam keadaan gembira.)

Dapatan Kajian 8

8. DOAKU SENTIASA BUAT MU…BIAR KITA JAUH..TAPI AKU AKAN SELALU MENGUCAPKAN …………..SELAMAT PAGI!!!!, SELAMAT TENGAH HARI!!!!!!!!!!!, SELAMAT PETANG!!!!!!!!!!!!!! DAN SELAMAT MALAM!!!!!!!!……hahaha…9 feb

(Frasa 8, responden kali ini dilihat menulis setiap perkataan dengan huruf yang besar, dan ini menunjukkan kesungguhan emosi dan perasaannya. Berdasarkan ayat tersebut juga menjelaskan responden menunjukkan dirinya akan sentiasa mendoakan rakannya yang akan berjauhan darinya dan responden turut menyatakan dia akan selalu memberi ucapan selamat buat rakannya pada setiap waktu. Setiap ucapan selamat disusuli dengan tanda seruan [!!!!], yang menunjukkan kesungguhan dirinya menyenangkan perasaan rakannya itu. Responden memang dilihat golongan menyenangkan perasaan.)

Dapatan Kajian 9

9.     Senyuman yang ikhlas akan buat hati yang sedih menjadi riang!!!!….Senyum!!..Senyum!!!…..Happy Smile Day…!!

(Frasa 9, responden jelas dilihat individu yang menyenangkan perasaan. Kata “Senyum!!..” yang kerap digunakan olehnya menampakkan dirinya seorang yang suka kepada kegembiraan. Responden juga menyatakan keyakinan dalam memberi senyuman kepada orang di sekeliling akan menimbulkan perasaan yang menyenangkan dalam diri sendiri mahupun orang di sekeliling.)

10.    Buat rakanku Si Bunga Mutiara…jangan lah sedih dan banyak bersabar. Aku sentiasa di sisimu sebagai kawan. Kawan Suka dan Kawan Duka….

(Frasa 10, responden sememangnya seorang yang menyenangkan perasaan, jika dilihat kepada ayat yang dinyatakan, responden menenangkan perasaan rakannya yang dalam kesedihan dan responden menawarkan dirinya sebagai rakan untuk dia berkongsi kesedihan , bukan saja rakan yang berkongsi gembira.)

 

One response to “Menyenangkan Perasaan

  1. Dr. Zulkifli Ahmad

    June 13, 2012 at 8:57 pm

    Sudah disemak. Dapatan kajian anda didapati lengkap tetapi rumusan kajian tidak dibuat.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: