RSS

Neurotik

24 Mar

Domain : Neurotik (sensitif, tegang dan mudah tersinggung)

Dapatan Kajian 1

  1. With this many staff the wait is still 12 minutes!! 10 mac

(Frasa 1 menunjukkan responden seorang yang tidak boleh menunggu dalam keadaan yang lama dalam mendapatkan perkhidmatan, responden mudah naik angin dan merungut, contoh frasa “…wait is still 12 minutes dan tanda seruan !! jelas menerangkan responden seorang yang neurotik melalui bersifat tegang.)

Dapatan Kajian 2

  1. Lembu punya susu sapi dapat nama…bilalah nak jadi sapi ni…asyik jadi lembu org jeeee…fedap! 5 mac

(Frasa 2 menerangkan responden seorang yang mudah melenting di atas perkara yang tidak disenangi olehnya, responden sangat kecewa dan marah kerana usaha dan hasil kerjanya tidak dipandang dan dihargai, contoh perkataan bahasa slanga yang digunakan iaitu “fedap!” menggambarkan kemarahan di atas ketidakpuasan hatinya.)

Dapatan Kajian 3

  1. Do drivers in Malaysia know what is the function of zebra crossing?!!!! 3 mac

(Frasa 3 menggambarkan responden mengutarakan pertanyaan tentang kesedaran pemandu di Malaysia akan peraturan jalan raya semasa memandu, pertanyaan yang diutarakan bersama lambang tanda seruan (!!!!) jelas menggambarkan responden seorang neurotik iaitu tegang.)

Dapatan Kajian 4

  1. Why la tutup jalan in putrajaya during office hours!???. Menyusahkan orang betul!!!! 15 feb

(Frasa 4 jelas menunjukkan responden seorang yang neurotic melalui ayat kedua “Menyusahkan orang betul!!!!”. Melalui ayat kedua tersebut responden jelas seorang yang mudah berasa tegang dan marah jika berada dalam situasi yang remeh.)

Dapatan Kajian 5

  1. Perangai sungguh menjengkelkan ok?!!!!. Dah tua bangka pun masih nak win all, u just have to own more than others, be everywhere more so than others, know everyone important as if they remember u etc. Grow up! 14 feb

(Frasa 5 ayat pertama “Perangai sungguh menjengkelkan ok?!!!!” jelas menunjukkan responden menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada individu lain dan menampakkan nada kemarahannya melalui tanda seruan “!!!!”)

Dapatan Kajian 6

6.  😥

(Perlambangan yang digunakan oleh responden seperti 😥  ini menggambarkan responden dalam situasi sedih, sensitive yang jelas berpersonaliti neurotick.)

Dapatan Kajian 7

7.Yup! Sindrom KKS (kekurangan kasih sayang)…tu lah sebok nak attention org, attention fr ppl that matters x nampak! 15 february

(Frasa 7 jelas menunjukkan responden seorang yang sentiasa berada dalam emosi yang tegang (neurotik) penggunaan tanda seruan amat gemar ditunjukkan bagi menampakkan responden dalam keadaan marah dan tegang.)

Dapatan Kajian 8

8.   Aku tau la aku nie tak bagus..tapi janganlah kau nak berlagak sangat!!!…ingat bagus sangat ke???!!!!….

(Frasa 8, responden dilihat sensitif  sekali kerana dia sedar akan kekurangan dirinya, tetapi pada masa yang sama responden menampakkan dirinya menunjukkan kemarahan terhadap individu yang menyebabkan dia merasa sensitif. Penggunaan tanda seruan [!!!!] yang kerap juga menonjolkan emosi tegang dan kesensitifan responden.)

Dapatan Kajian 9

9.    Whats wrong with this people….???…always make me angry and crazy!!!….

(Frasa 9, responden menampakkan ketegangan diri yang jelas, frasa “always make me angry and crazy!!!…”, menjelaskan responden sentiasa dalam keadaan emosi yang marah .Responden jelas individu yang tidak boleh menerima situasi atau orang di sekelilingnya yang menimbulkan kesulitan kepada dirinya. Responden menampakkan personaliti neurotik.)

Dapatan Kajian 10

10.    Bosan la!!…Ada je menda yang tak kena!!!…buat lah sendiri!!!…

(Frasa 10, responden menyatakan keluhannya dalam bentuk emosi yang neurotik, contoh dapat dilihat dengan perkataan “bosan la!!..”, yakni responden menampakkan kemarahannya kepada seseorang. Penggunaan tanda seruan sangat kerap digunakan oleh responden. Jelas sekali responden seorang yang neurotik.)

 
 

2 responses to “Neurotik

  1. drzulkifliahmad

    March 24, 2012 at 7:36 am

    Syabas! Andaian personaliti responden berdasarkan data yang dikutip menyakinkan.
    Pandangan saya:
    Masukkan bahagian ini dalam kategori Neurotik seperti mana yang telah dilakukan untuk anda.
    Nama responden perlu dirahsiakan untuk mengelakkan responden berasa tersinggung dan mungkin akan menyaman anda. Namanya anda harus simpan sebagai bukti penilaian jika diminta.
    Good job! Keep it up.

     
  2. Dr. Zulkifli Ahmad

    June 13, 2012 at 8:58 pm

    Sudah disemak. Dapatan kajian anda didapati lengkap tetapi rumusan kajian tidak dibuat.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: