RSS

Berhemah

26 Mar

Domain : Personaliti Berhemah

Dapatan Kajian 1

1.      Kita sentiasa memikirkan sesuatu yang hilang, sehingga lupa mensyukuri apa yg ada dihadapan kita. Renungkanlah & bersyukur. 18 Mac 2012.

(Frasa 1, jelas menggambarkan responden seorang yang berpersonaliti berhemah, responden cuba memberi ingatan kepada rakan FBnya untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang dinikmati dan bermuhasabah diri apabila ditimpa kesusahan. Responden dilihat individu yang alim dan sentiasa berhemah dalam keadaan susah dan senang.)

Dapatan Kajian 2

  1. Semakin tinggi keyakinan seseorang terhadap Allah SWT dan kekuasaanNya, semakin banyak anugerah Allah SWT kepadanya..14 mac 2012

(Frasa 2, menunjukkan responden mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada kebesaran Allah SWT dan memberi pesanan kepada rakan FBnya untuk sentiasa akur akan kebesaran Allah SWT melalui nikmat dan anugerah yang dilimpahkan kepada hambanya di muka bumi. Reponden jelas sekali individu yang berhemah tinggi dan alim.)

Dapatan Kajian 3

  1. Usah dipinta “kecilkan” ujian & dugaan dr Nya, Pintalah “dibesarkan” Iman untuk menghadapinya.14 mac

(Frasa 3, sekali lagi menunjukkan responden bersifat alim (berhemah), ini dapat dilihat dalam ayatnya yang berbunyi “kecilkan” ujian & dugaan dr Nya, Pintalah “dibesarkan” Iman untuk menghadapinya”..yakni mengingatkan agar manusia jangan sekali-kali merungut akan ujian yang diberikan oleh Allah SWT tetapi harus redha dan teguhkan keimanan.)

Dapatan Kajian 4

  1. Ya Allah..Permudahkan & Berkatilah segala urusanku pada hari ini & hari2 yg akan dtg..Supaya aku sentiasa berjaya dlm hidup dgn izin Mu..Amin. 7 mac

(Frasa 4, responden dilihat mempunyai ketakwaan yang tinggi melalui doanya yang meminta agar segala urusannya dipermudahkan dan pernyataan ini menerangkan responden individu yang berhemah dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan sehariannya.)

Dapatan Kajian 5

     5.         Jika tidak bertawakal padaNya, jalan keluar mana lagi yg boleh dilakukan oleh kita,  hamba yg hina ini dlm menghadapi berbagai² mcm ujian? 22 feb

(Frasa 5, reponden memberi ingatan kepentingan bertawakal pada Allah SWT dalam menghadapi kesulitan dalam kehidupan, sikap responden yang kelihatan berhemah dapat dikesan melalui ketenangan emosinya dalam menghadapi situasi yang tegang / ujian.)

Dapatan Kajian 6

  1. Biasa laa dlm kehidupan masing2 ada dugaan..lg bnyak Allah duga org tersebut lg Allah syg kpd org tersebut.. 22 feb

(Frasa 6, memaklumkan setiap dugaan yang diberikan oleh Allah SWT menunjukkan kasih sayang Allah SWT kepada hambanya, oleh itu responden menegaskan dugaan adalah satu kebiasaan dalam sebuah kehidupan, nilai-nilai murni (berhemah) yang ada pada responden sangat jelas kelihatan.)

Dapatan Kajian 7

  1. Setitis airmata yang jatuh kerana mengingati Allah adalah lebih baik dari bersedekah seribu dinar..21 feb

(Frasa 7, responden memberi nasihat agar manusia sentiasa rendah diri dan ingat kepada Allah SWT, sikap rendah diri dan sentiasa beringat (berhemah) dapat dikesan melalui nasihat yang membina.)

Dapatan Kajian 8

  1. Alhamdulillah..Allah sentiasa menerima taubat hambaNya..22 feb

(Frasa 8, responden menyatakan kesyukurannya melalui ucapan “Alhamdullillah…” responden kelihatan berhemah sekali dalam mengutarakan kesyukurannya terhadap peluang/ nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada dirinya untuk bertaubat (menginsafi kelemahan dan kesilapan diri).)

Dapatan Kajian 9 dan 10

  1. Seseorg tidak dapat merasa cinta pada Allah dan kemanisannya sebab tidak ada keikhlasan bila beribadah!!! 15 feb
  2. Ya Allah..Berkatilah segala urusan ku..Limpahkan lah kurniaan rezeki Mu kpd ku..Amin!!! 11 feb

(Frasa 9 dan 10, menggambarkan responden sememangnya bersikap berhemah dalam menghadapi segala urusan kehidupannya agar sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT dan mementingkan keikhlasan dalam ibadatnya.)

 
 

2 responses to “Berhemah

  1. norazizahamir91

    March 27, 2012 at 3:19 pm

    untuk personaliti berhemah,memang post yang berkenaan dengan personaliti domain ini berkenaan dengan keagamaan ke ?

     
  2. Dr. Zulkifli Ahmad

    June 13, 2012 at 8:56 pm

    Sudah disemak. Dapatan kajian anda didapati lengkap tetapi rumusan kajian tidak dibuat.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: