RSS

Ekstrovert

05 Apr

Domain : Ekstrovert (individu dikenalpasti gemar menimbulkan persoalan atau tanda tanya kepada rakan FB mahupun pengguna FB lain yang melayari wallnya.)

Dapatan Kajian 1

  1. Jangan Ditanya !!! 21 mac

(Frasa 1, responden dilihat menyatakan kehendaknya agar tiada sebarang soalan diajukan kepada dirinya.  Tindakan responden amat kelihatan pelik dan menimbulkan tanda tanya kepada pengguna FB, tanpa ada sebarang latar cerita si responden secara terjah menyatakan kehendaknya, contoh dalam frasa tersebut “Jangan Ditanya !!!” disusuli dengan tanda seruan “!!!” yang jelas menunjukkan kesungguhannya agar tiada sebarang soalan dikemukakan kepada dirinya tanpa sebab yang jelas dari diri responden itu sendiri. Jelas sekali responden seorang yang berpersonaliti Ekstrovert.)

Dapatan Kajian 2

2.    Dimata Wanita Hanyalah $$$$$ . . Realiti !!! 21 mac

(Frasa 2, responden telah menyatakan pendapatnya secara realiti wanita hanyalah mementingkan duit. Pandangannya yang agak sinis terhadap wanita sangat menimbulkan persoalan dan ketidakpuasan hati pengguna FB wanita yang membaca post sedemikian. Tindakan responden tersebut tidak adil kerana pandangannya menampakkan wanita secara umumnya fanatik kepada duit. Responden kelihatan amat sinis sekali tanpa menerangkan punca utama yang menyebabkan responden mengeluarkan pendapat secara umum sedemikian kata. Perkataan “Realiti” berserta tanda seruan “!!!” yang digunakan amat jelas sekali responden telah melabelkan wanita golongan mata duitan. Tindakan yang sinis dan sangat menimbulkan tanda tanya kepada pengguna FB, khususnya wanita terhadap pandangan responden tersebut dan ini amat jelas sekali responden di bawah kategori Ekstrovert.)

Dapatan Kajian 3

3.     Tak Boley Nampak Aku Senang Skit!!!!! . .19 mac

(Frasa 3, responden sekali lagi dilihat berpersonaliti Ekstrovert, buktinya melalui  ayat “Tak Boley Nampak Aku Senang Skit!!!!!”, secara terjah atau tiba-tiba responden menulis post tersebut di wall (dinding) FBnya dan secara tidak langsung tindakan sebegini menimbulkan tanda tanya kepada pengguna FB lain, tentu sekali pelbagai andaian berbentuk positif ataupun negatif wujud kepada responden. Berdasarkan frasa tersebut pelbagai andaian dapat dibuat oleh pengguna FB lain terhadap responden antaranya ialah responden mempunyai kelebihan diri yang tidak disenangi oleh orang disekelilingnya ataupun responden mengutarakan keluhannya yang terpaksa menjalankan sesuatu tugas yang tidak disukainya. Andaian tersebut boleh terjadi akibat tindakan responden yang tidak pernah jelas akan topik atau isu utama yang ingin dibangkitkan. Maka dapat dibuktikan responden individu kategori Ekstrovert.)

Dapatan Kajian 4

4.      uhuhuhu . . C0mel !!!18 mac

(Frasa 4, responden dilihat memberi pandangan terhadap sesuatu perkara dengan menggunakan Kata Adjektif iaitu “Comel!!!!”, ianya hanya jelas menerangkan responden memberi pujian kepada sesuatu perkara dan mendiskripsikannya dengan sifat CANTIK/ COMEL. Persoalannya ialah apakah perkara yang CANTIK / COMEL tersebut?, perkara tersebut merujuk kepada objek?, benda hidup? (manusia atau haiwan?), alam semulajadi?, pakaian?, kenderaan?, hiasan?, rekaan? dan pelbagai lagi. Tindakan responden yang membawa unsur personaliti Ekstrovert sangat sukar untuk difahami tujuan penyampaiannya terhadap sesuatu perkara. Saya yakin dengan tafsiran berdasarkan dapatan kajian tersebut, responden bagi dapatan kajian 4 merupakan individu Ekstrovert.)

Dapatan Kajian 5

5.        Siapa Nak Ikut????!!!! . .14 mac

(Frasa 5, responden menyapa rakan FBnya melalui menulis di wall (dinding) FB dengan ayat “Siapa Nak Ikut????!!!!!”, berdasarkan ayat sapaan tersebut menerangkan responden mempelawa rakan FBnya untuk mengikutnya atas perkara tertentu. Persoalannya ialah?, responden tidak menjelaskan destinasi atau hala tuju sebenar bagi pelawaannya. Tindakan responden ini sangat jelas sekali menjurus kepada individu berpersonaliti Ekstrovert.)

Dapatan Kajian 6

6.       Ehehehehe..!!!!!! :))).. 12 mac

(Frasa 6, responden menyampaikan suatu gambaran emoticon smiley dan diikuti kata gelak iaitu “Ehehehe…” dan disertai tanda seruan “!!!!!”..yang menunjukkan responden memberi respon perasaannya ketika itu, iaitu gembira. Walau pun begitu, tentu sekali menimbulkan persoalan kepada rakan FB nya yang membaca statusnya di FB kerana responden tidak menjelaskan mengapa responden memberi tanda gembira tersebut…??..adakah responden mendapat berita baik, mendapat barang yang disukainya, mendapat pujian daripada orang yang disukainya atau apa sahaja bentuk yang memberi kegembiraan kepada responden. Tindakan responden ini amat jelas sekali gemar menimbulkan persoalan dan ini sekali lagi membawa kepada responden seorang individu berpersonaliti Ekstrovert).

Dapatan Kajian 7

7.        Immediate…12 mac

(Frasa 7, responden secara tiba-tiba mengemaskini status FB nya dengan perkataan dalam Bahasa Inggeris iaitu “Immediate…” yang membawa makna kepada sesuatu tindakan yang segera. Responden tidak memberi penjelasan sebenar mengapa dirinya mengeluarkan perkataan tersebut atas dasar apa?…pelbagai bentuk andaian yang boleh dibuat oleh rakan FB nya yang membaca status tersebut, adakah responden memberi arahan?, adakah responden marah pada sesuatu yang tidak berjalan dengan lancar, adakah responden perlu melaksanakan sesuatu tindakan dengan kadar segera?…sekali lagi responden menimbulkan tanda tanya kepada rakan FB nya dan ini sememangnya membuktikan responden seorang yang bersifat Ekstrovert.)

8.      Tetiba je rasa macam tak best hari ni?…….korang agak2 ape yang aku rasa tak best ? 15 mac

(Frasa 8, responden menimbulkan persoalan di status FB nya terhadap rakan-rakan FB nya. Responden menyatakan perasaannya yang tidak selesa pada hari tersebut dan lantas meminta untuk rakan-rakannya meneka atau mengandaikan sesuatu perkara atau situasi telah berlaku pada diri responden. Jelas sekali responden seorang yang ekstrovert.)

9.      Nak ikut jalan mana lah ni???….jalan dekat atau jauh ke??…pening la kepala nie!!!…..19 Mac

(Frasa 9, responden sekali lagi menampakkan personaliti dirinya yang ekstrovert, yakni gemar menimbulkan persoalan atau tanda tanya kepada rakan pembaca FB nya. Responden kerap menggunakan tanda tanya [?] bagi tujuan untuk menimbulkan situasi pertanyaan. Jelas berdasarkan pernyataan responden tersebut, beliau menanyakan arah jalan atau meminta untuk dirinya membuat pilihan terhadap sesuatu perkara. Amat menimbulkanpersoalan kepada pembaca FB. Jelas sekali responden ekstrovert.)

10.    Esok pasti ada sesuatu untuk diriku…..????!!!…eemmm..tak sabar rasanya.

(Frasa 10, responden dilihat menyatakan perasaannya yang tidak sabar untuk menanti keesokan harinya, bagi responden hari tersebut adalah hari istimewa kerana akan mendapat sesuatu?…Apa yang menjadi persoalannya kepada rakan pembaca FB nya ialah, mendapat sesuatu merujuk mendapat barang?, mendapat keputusan?, mendapat berita kepada sesuatu perkara? atau apa saja. Pelbagai persoalan akan timbul melalui tindakan responden yang gemar mengemaskini status FB nya dengan pernyataan sedemikian. Jelas responden seorang yang ekstrovert.)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: