RSS

Kajian teks Ucapan: ‘I Have A Dream’

24 Apr

PERISIAN ANTCONC

Antconc merupakan satu perisian yang digunakan untuk melihat kekerapan penggunaan kata dan makna yang terdapat dalam teks, ucapan, ceramah atau sebagainya dengan lebih mudah, berkesan, tepat dan cepat. Dalam dapatan kajian ini, saya mengkaji tentang Hubungan Bahasa dengan Personaliti Pengguna Facebook.
Dalam kajian yang saya jalankan saya tidak mengaplikasikan pendekatan Perisian Anctonc untuk melihat kekerapan penggunaan kata-kata daripada responden.

Justifikasi saya tidak menggunakan Perisan Antconc saya berpandangan Perisian Antconc ini akan lebih efektif digunakan untuk mengkaji bagi bahan data yang berbentuk teks atau penulisan yang panjang. Memandangkan kajian saya menggunakan data daripada bahan yang diambil daripada pengemaskinian status melalui laman sosial FB, maka dengan itulah , setiap frasa yang dipaparkan melalui dinding (wall) FB tidak panjang dan terlalu sedikit jumlah kata.

Justeru itulah, saya menggunakan alternatif yang lain dalam membuat kajian saya berkaitan hubungan bahasa dengan personaliti pengguna FB, iaitu saya menganalisis setiap kata , frasa yang dinyatakan melalui paparan dinding FB responden, setiap kata dan frasa tersebut saya analisis isi tersurat dan tersiratnya bagi menjelaskan atau menggambarkan responden tersebut mewakili mana-mana 5 personaliti utama tersebut, sebagaimana yang telah saya usahakan di atas.

PANDUAN MENGGUNAKAN PERISIAN ANTCONC

Berikut adalah langkah penggunaannya:

Langkah 1:

Memuat turun dan install perisian Antconc dari halaman http://www.antlab.sci.waseda.ac.jp/software.html

Langkah 2:

Buka “File” antconc3.0.1.exe.

Langkah 3:

Klik pada “file, open.”

Langkah 4:

Langkah ini, anda hendaklah memilih fail berkenaan dan menekan dua kali klik pada fail tersebut. Selepas itu, fail tersebut akan muncul pada skrin di sebelah kiri.

Langkah 5:

Kemudian, anda boleh memilih perkataan yang hendak dikenalpasti kedudukan dan kekerapannya dalam teks yang dikaji tersebut, dengan cara memilih perkataan tersebut dan menaip perkataan itu pada ruang yang disediakan untuk melihat kekerapan penggunaan frasa tersebut oleh responden.

Langkah 6:

Bagi membolehkan anda mencari perkataan itu, anda perlu menekan “enter” pada papan kekunci atau klik pada “start” yang terdapat di Antconc. Setelah itu, anda akan mengetahui kedudukan perkataan  yang dipilih tadi berserta jumlah kekerapan penggunaannya.

LATIHAN APLIKASI PERISIAN ANTCONC

Data Teks Ucapan Martin Luther King (MLK) – bagi tujuan mengaplikasi Perisian Antconc

Tugasan 1 – mencari 10 kekerapan kata dalam teks MLK

1) Mencari Kekerapan 10 kata yang paling kerap atau tertinggi kedudukan dalam Teks ucapan Martin Luther.
– Melalui Perisian Antconc, terdapat capaian ‘Word List’ bagi tujuan mancari kekerapan kata. Berikut adalah rajah
menggambarkan capaian tersebut dibuat berdasarkan capaian ‘Word List’

Berikut adalah senarai 10 perkataan yang paling kerap digunakan yang dapat dikesan melalui penggunaan Perisian Antconc. Senarai perkataan tersebuta adalah :

  • /the/  119 kali
  • /of/ 103 kali
  • /a/ 74 kali
  • /to / 63 kali
  • /and/ 42 kali
  • [e] 40 kali
  • /be/ 34 kali
  • /i/ 30 kali
  • /will/ 28 kali
  • [a] 28 kali

Tugasan 2 – Analisa Frasa “This Will Be The Day”

2) Melalui aplikasi Perisian Antconc, saya dapat menganalisis frasa yang ditekankan dalam ucapan Martin Luther King.
Antara ayat yang ditekankan oleh beliau ialah “this will be the day”. Berdasarkan penggunaan Perisian Antconc dapat
dikesan terdapat 2 kali ayat “this will be the day” diulang dalam ucapan beliau. Berdasarkan rajah di bawah adalah
hasil capaian yang diperolehi melalui penggunaan capaian Concordance (Keyword In Context).

     Berdasarkan Teks Martin Luther kekerapan frasa “this Will Be The Day” telah diulang sebanyak 2 kali oleh Martin Luther King.  Berikut adalah petikan dari teks ucapan Martin Luther King.

With this faith, we will be able to work together, to pray together, to struggle together, to go to jail together, to stand up for freedom together, knowing that we will be free one day.And this will be the day this will be the day when all of God’s children will be able to sing with new meaning:My country ’tis of thee, sweet land of liberty, of thee I sing.Land where my fathers died, land of the Pilgrim’s pride,From every mountainside, let freedom ring!

Hasil analisa frasa “this Will Be The Day” :

Martin mengatakan bahawa melalui kepercayaan ini, mereka mampu bekerja bersama, berdoa bersama, ke penjara bersama, berusaha juga bersama bagi tujuan untuk mendapatkan kebebasan bersama. Mereka mengetahui bahawa mereka akan bebas satu hari nanti. Dan ini akan menjadi suatu hari nanti. Sekali lagi Martin menggunakan frasa yang sama iaitu  ini akan menjadi suatu hari nanti  apabila semua kanak-kanak Tuhan akan dapat menyanyi dengan makna baru.

Saya melihat, penggunaan frasa “this will be the day” oleh Martin adalah untuk bertujuan memberi kepercayaan, keyakinan dan mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyatnya bahawamelalui demontrasi tersebut mereka akan mendapatkan kebebasan yang telah Amerika janjikan dahulu. Mereka telah pun menandatangani Pengishtiharan Pembebasan tetapi hak kebebasan tersebut masih tidak dirasai oleh masyarakat berbangsa Negro.

Tugasan Tambahan :

Menganalisa beberapa kekerapan kata yang bermakna dalam teks ucapan Martin Luther King. Kata Nama menjadi pilihan saya.  Penggunaan Kata Nama dalam teks ucapan Martin Luther King yang memberi makna yang mendalam terhadap perjuangan yang dipelopori oleh Martin Luther King dalam mendapatkan hak sama rata dalam politik, sosial dan ekonomi di dalam negaranya sendiri Amerika bagi kaum/bangsa Negro (rakyat Amerika berkulit hitam).

Berikut adalah beberapa patah perkataan golongan Kata Nama yang dapat dikesan melalui penggunaan Perisian Antconc :

a)      discrimination

Perenggan 3

But one hundred years later, the Negro still is not free. One hundred years later, the life of the Negro is still sadly crippled by the manacles of segregation and the chains of discrimination. One hundred years later, the Negro lives on a lonely island of poverty in the midst of a vast ocean of material prosperity. One hundred years later, the Negro is still languished in the corners of American society and finds himself an exile in his own land. And so we’ve come here today to dramatize a shameful condition.

Analisa Kata Nama (noun) perkataan “discrimination” pada Perenggan 3 dalam teks ucapan I Have A Dream-Martin Luther King seperti berikut:

Martin Luther King menyentuh isu diskriminasi yang amat serius di Amerika terhadap bangsa/kaum Negro (orang kulit hitam). Walaupun setelah lebih 100 tahun berlalu, masyarakat kaum Negro di Amerika masih didiskriminasi.

b)      independence

Perenggan 4

In a sense we’ve come to our nation’s capital to cash a check. When the architects of our republic wrote the magnificent words of the constitution and the Declaration of Independence, they were signing a promissory note to which every American was to fall heir. This note was a promise that all men, yes, black men as well as white men, would be guaranteed the “unalienable Rights” of “Life, Liberty and the pursuit of Happiness.”

Analisa Kata Nama (noun) perkataan “independence” pada Perenggan 4 dalam teks ucapan I Have A Dream-Martin Luther King seperti berikut:

Martin Luther King menerangkan tentang Deklarasi Kemerdekaan yang mengandungi peruntukan
menjamin setiap manusia mendapat hak yang tidak boleh dirampas hak tersebut. Malangnya, peruntukan tersebut tidak memberi sebarang perubahan kepada bangsa/kaum Negro di Amerika ketika itu.

c)      nation

Perenggan 1

I am happy to join with you today in what will go down in history as the greatest demonstration for freedom in the history of our nation.

Analisa Kata Nama (noun) perkataan “nation” pada Perenggan 1 dalam teks ucapan I Have A Dream-Martin Luther King seperti berikut:

Martin Luther King meluahkan kegembiraannya kerana berpeluang mengadakan demonstrasi yang hebat di dalam sejarah, bagi tujuan mendapatkan kebebasan dan hak yang sama rata untuk orang Negro (orang Amerika kulit hitam) sebagai rakyat Amerika (nation).

Perenggan 4

In a sense we’ve come to our nation’s capital to cash a check. When the architects of our republic wrote the magnificent words of the constitution and the Declaration of Independence, they were signing a promissory note to which every American was to fall heir. This note was a promise that all men, yes, black men as well as white men, would be guaranteed the “unalienable Rights” of “Life, Liberty and the pursuit of Happiness

Analisa Kata Nama (noun) perkataan “nation” pada Perenggan 4 dalam teks ucapan I Have A Dream-Martin Luther King seperti berikut:

Martin Luther King sekali lagi mengulang perkataan ‘nation’ dalam teks ucapannya pada perenggan ke empat, beliau mengatakan bangsa/kaumnya tidak terkecuali mendapat hak dan menikmati kemewahan dalam negaranya sendiri dengan sewajarnya dalam menjalani kehidupan di tanah air sendiri (Amerika) dan seterusnya mengecapi kebahagiaan (nation).

Perenggan 5

It is obvious today that America has defaulted on this promissory note, insofar as her citizens of color are concerned. Instead of honoring this sacred obligation, America has given the Negro people a bad check, a check which has come back marked “insufficient funds.” But we refuse to believe that the bank of justice is bankrupt. We refuse to believe that there are insufficient funds in the great vaults of opportunity of this nation. And so, we’ve come to cash this check, a check that will give us upon demand the riches of freedom and the security of justice. We have also come to this hallowed spot to remind America of the fierce urgency of Now. This is no time to engage in the luxury of cooling off or to take the tranquilizing drug of gradualism. Now is the time to make real the promises of democracy. Now is the time to rise from the dark and desolate valley of segregation to the sunlit path of racial justice. Now is the time to lift our nation from the quicksands of racial injustice to the solid rock of brotherhood. Now is the time to make justice a reality for all of God’s children.

Analisa Kata Nama (noun) perkataan “nation” pada Perenggan 5 dalam teks ucapan I Have A Dream-Martin Luther King seperti berikut:

Martin Luther King menegaskan ketidakpercayaan beliau mengenai peruntukan/dana yang disediakan oleh bank negara tidak mencukupi untuk disalurkan kepada bangsa/kaum Negro. Maka dengan itu juga, Martin Luther King menyeru agar bangsa/kaumnya bangun untuk keluar dari hidup di kawasan pengasingan dalam negara sendiri demi mendapatkan keadilan yang sama rata.

Perenggan 6

It would be fatal for the nation to overlook the urgency of the moment. This sweltering summer  the Negro’s legitimate discontent will not pass until there is an invigorating autumn of freedom and equality. Nineteen sixty-three is not an end, but a beginning. And those who hope that the Negro needed to blow off steam and will now be content will have a rude awakening if the nation returns to business as usual. And there will be neither rest nor tranquility in America until the Negro is granted his citizenship rights. The whirlwinds of revolt will continue to shake the foundations of our nation until the bright day of justice emerges.

Analisa Kata Nama (noun) perkataan “nation” pada Perenggan 6 dalam teks ucapan I Have A Dream-Martin Luther King seperti berikut:

Martin Luther King menyatakan antara risiko yang bakal memudaratkan negara Amerika sekiranya, negara tersebut terlepas pandang akan hak yang patut diterima oleh kaum/bangsa Negro.

Perenggan 14

I have a dream that one day this nation will rise up and live out the true meaning of its creed: A system of belief, principles, or opinions: laws banning discrimination on the basis of race or creed “We hold these truths to be self-evident, that all men are created equal.”

Analisa Kata Nama (noun) perkataan “nation” pada Perenggan 14 dalam teks ucapan I Have A Dream-Martin Luther King seperti berikut:

Martin Luther King mengutarakan harapan dan mimpinya dalam ucapannya agar negaranya akan bangun semula dan terus berdiri di atas sistem kepercayaan, prinsip dan pendapat yang jelas dan benar bagi menghadapi isu diskriminasi bangsa.

Perenggan 17

I have a dream that my four little children will one day live in a nation where they will not be judged by the color of their skin but by the content of their character.

Analisa Kata Nama (noun) perkataan “nation” pada Perenggan 17 dalam teks ucapan I Have A Dream-Martin Luther King seperti berikut:

Martin Luther King sekali lagi mengharapkan agar keturunan/ generasinya (anak-anaknya) akan menjalani kehidupan di dalam sebuah negara yang mengamalkan keadilan berdasarkan perlakuan/perwatakan mereka dan bukannya kerana warna kulit.

Perenggan 22

This is our hope, and this is the faith that I go back to the South with. With this faith, we will be able to hew out of the mountain of despair a stone of hope. With this faith, we will be able to transform the jangling discords of our nation into a beautiful symphony of brotherhood. With this faith, we will be able to work together, to pray together, to struggle together, to go to jail together, to stand up for freedom together, knowing that we will be free one day.

Analisa Kata Nama (noun) perkataan “nation” pada Perenggan 22 dalam teks ucapan I Have A Dream-Martin Luther King seperti berikut:

Martin Luther King memberi semangat kepada bangsa/kaum Negronya untuk yakin kepada kepercayaan dan keimanan yang ada dalam diri agar mampu untuk mengubah segala kekurangan yang wujud di dalam kandungan perjanjian (Deklarasi Kemerdekaan) yang dibuat oleh negaranya terhadap bangsa/kaum Negro.

Perenggan 24

And if America is to be a great nation, this must become true. And so let freedom ring from the prodigious hilltops of New Hampshire. Let freedom ring from the mighty mountains of New York. Let freedom ring from the heightening Alleghenies of Pennsylvania.

Analisa Kata Nama (noun) perkataan “nation” pada Perenggan 24 dalam teks ucapan I Have A Dream-Martin Luther King seperti berikut:

Martin Luther King sekali lagi menegaskan bahawa negara Amerika sebuah negara yang hebat dan ianya harus menjadi benar dan nyata melalui hak kebebasan yang tidak mempunyai sempadan maka kebebasan patut diwujudkan di tempat seperti New Hampshire, New York dan Pennsylvania.

KESIMPULAN

Melalui pengetahuan dalam menggunakan Perisian Antconc ini saya telah mampu untuk mengaplikasikannya dalam tujuan untuk menganalisa data bahasa, data penulisan bagi tujuan dalam bidang Linguistik ini. Perisian Antconc ini menjadikan tugasan analisa kekerapan kata dan frasa menjadi lebih sistematik, ekonomis dan tepat.

 

2 responses to “Kajian teks Ucapan: ‘I Have A Dream’

  1. noruhayu

    May 27, 2012 at 12:54 am

    Dengan penggunaan Perisian AntConc ini, kita dapat menganalisis data bahasa yang kita inginkan..Hal ini juga dapat memudahkan kita mengetahui bilangan kekerapan setiap perkataan dalam sesuatu data bahasa.. =)
    Betul tak kak?? =)

     
  2. Dr. Zulkifli Ahmad

    June 13, 2012 at 8:45 pm

    Sudah disemak. Anda didapati telah faham apa yang perlu dibuat untuk tugasan. Syabas!

    Komen:
    1. Terdapat beberapa kesilapan ejaan.
    2. WordList: Tidak senaraikan menurut kelas kata.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: