RSS

Responden dan Rakan Responden 1

17 May

1) Rajah berikut adalah hasil soal selidik terhadap Responden yang mewakili personaliti Berfikiran terbuka (Reponden 1) :

Analisa Jawapan Soal Selidik

a) Responden telah menunjukkan jawapannya lebih condong kepada jawapan yang membawa personaliti Menyenangkan Perasaan.
Berdasarkan jawapan responden, terdapat 6 jawapan menyenangkan perasaan, 2 jawapan berfikiran terbuka, 1  jawapan ke arah neurotik dan hanya 1 jawapan ke arah berhemah.
Ini jelas menunjukkan responden banyak menjawab jawapan ke arah menyenangkan perasaan, yakni segala tindakan dalam situasi yang diberikan bersifat menyenangkan perasaan…iaitu peramah, tidak dipengaruhi perasaan atau emosi dalam keadaan yang tegang, bijak menyesuaikan diri mengikut keadaan sekeliling bagi menimbulkan keadaan yang tidak kekok.

Hasil dapatan Kajian Responden Berfikiran Terbuka (Responden 1)

a) Oleh itu, berdasarkan analisa jawapan soal selidik saya mendapati andaian saya terhadap responden 1 yang diandaikan berpersonaliti Berfikiran Terbuka mengikut kepada setiap status di laman Facebook (posting) tersebut adalah tidak tidak tepat sama sekali

2) Rajah berikut adalah hasil soal selidik terhadap Rakan kepada responden yang mewakili personaliti Berfikiran terbuka (Reponden 1) :

Analisa Jawapan Soal Selidik Rakan Responden 1 :

a) Rakan responden 1, banyak memilih jawapan yang menunjukkan Responden 1 individu yang mempunyai Personaliti Berfikiran Terbuka. Berdasarkan analisa jawapan yang dipilih adalah, rakan responden 1 memilih 3 jawapan yang menggambarkan Responden 1 individu mempunyai personaliti Berfikiran Terbuka, 2 jawapan personaliti Menyenangkan Perasaan, 1 jawapan yang menunjukkan Responden 1 personaliti Berhemah, 2 jawapan yang menggambarkan Responden 1 Ekstrovert dan 1 jawapan yang menunjukkan Responden 1 Neurotik.

Hasil Dapatan Kajian terhadap Rakan Responden yang mewakili Personaliti Berfikiran Terbuka  (Responden 1) :

a) Ini, telah menunjukkan bahawa andaian saya terhadap Responden 1 adalah bertepatan dan juga sama dengan pandangan atau pendapat daripada pilihan jawapan soal selidik daripada Rakan Responden 1 yang menunjukkan Responden 1 individu Personaliti Berfikiran Terbuka. Namun begitu, jika dilihat pilihan jawapan oleh Responden 1 itu sendiri banyak memilih jawapan yang menggambarkan dirinya individu Personaliti Menyenangkan Perasaan.

Kesimpulan berdasarkan andaian saya dan pendapat Rakan Responden :

      Andaian saya yang mengandaikan Responden 1  sebagai individu Berfikiran Terbuka  berdasarkan penggunaan laras bahasa di laman sosial Facebook langsung tidak menggambarkan Personaliti sebenar Responden 1, ini adalah kerana Responden itu sendiri memilih jawapan soal selidik yang lebih condong kepada Personaliti Menyenangkan Perasaan.

Berlainan pula dengan pendapat atau pandangan Rakan Responden 1 yang memilih jawapan yang menggambarkan Responden 1 seorang yang Berfikiran Terbuka, sama sekali dengan andaian saya sendiri!. Maka, dengan ini tidak dapat diperkukuhkan andaian saya bahawa Responden 1 itu mempunyai ciri Berfikiran Terbuka.

 

One response to “Responden dan Rakan Responden 1

  1. Dr. Zulkifli Ahmad

    June 13, 2012 at 8:54 pm

    Sudah disemak. Anda didapati telah faham apa yang perlu dibuat untuk tugasan. Syabas!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: