RSS

Responden dan Rakan Responden 2

17 May

1) Rajah berikut adalah hasil daripada soal selidik terhadap Responden yang mewakili personaliti Neurotik:

Analisa Jawapan Soal Selidik

a) Responden banyak memilih jawapan yang menunjukkan dirinya berpersonaliti Neurotik!!.
Berdasarkan jawapan responden terdapat 4 jawapan yang menggambarkan dirinya Neurotik berdasarkan situasi yang diberikan, 3 jawapan yang ke arah personaliti Berhemah, 1 jawapan berpersonaliti Berfikiran Terbuka dan 1 jawapan yang menunjukkan dirinya Ekstrovert.

Ini jelas sekali menunjukkan responden 2 ini seorang individu yang mempunyai personaliti Neurotik.
Neurotik.
Neurotik adalah merujuk kepada yang bertahap tinggi dalam trait ini pada mulanya merasa satu sifat yang negatif yang spesifik contoh seperti kemarahan, kemuraman (depression), ketakutan atau kebimbangan pada sesuatu isu. Mereka dalam golongan ini mempunyai emosi yang reaktif. Ini dikatakan demikian kerana mereka bertindak dengan lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang pada padangan atau respon orang lain adalah biasa. Reaksi mereka terhadap perkara-perkara ini adalah lebih tertekan.

Hasil Dapatan Kajian Responden mewakili Personaliti Neurotik (Responden 2)

a) Maka, berdasarkan analisa jawapan soal selidik daripada responden 2 , terbukti dirinya mempunyai personaliti Neurotik, seiring dengan andaian yang telah saya buat sebagaimana berpandukan daripada setiap status di laman Facebook responden sendiri (posting) adalah bertepatan sama sekali.

2) Rajah berikut adalah hasil daripada soal selidik Rakan kepada Responden yang mewakili Personaliti Neurotik (Rakan Responden 2)

Analisa Jawapan Soal Selidik Rakan Responden 2 :

a) Rakan responden 2, banyak memilih jawapan yang menunjukkan Responden 2 individu yang mempunyai Personaliti Neurotik. Berdasarkan analisa jawapan yang dipilih adalah, rakan responden 2 memilih 4 jawapan yang menggambarkan Responden 2 individu yang mempunyai personaliti Neurotik, 3 jawapan personaliti Berfikiran Terbuka dan 2 kepada jawapan personaliti Berhemah.

Hasil Dapatan Kajian terhadap Rakan Responden yang mewakili Personaliti Neurotik  (Responden 2) :

a) Ini, telah menunjukkan bahawa andaian saya terhadap Responden 2 adalah bertepatan , sama dengan pendapat daripada pilihan jawapan soal selidik daripada Rakan Responden 2. Malahan pilihan jawapan yang diberikan oleh Responden 2 itu sendiri juga menunjukkan dirinya Personaliti Neurotik.

Kesimpulan berdasarkan andaian saya dan pendapat Rakan Responden :

      Andaian saya yang mengandaikan Responden 2 sebagai individu Neurotik berdasarkan penggunaan laras bahasa di laman sosial Facebook sedikit sebanyak ada menggambarkan Personaliti sebenar Responden 2.
Begitu juga dengan pendapat Rakan Responden berdasarkan jawapan yang dipilih melalui soal selidik tersebut juga ada memberi gambaran yang jelas atau tepat terhadap personaliti sebenar Responden 2.
Apa yang lebih mengukuhkan lagi andaian saya, yang bukan sahaja mendapat sokongan daripada pilihan jawapan Rakan Responden 2, tetapi juga pilihan  jawapan daripada Responden 2 itu sendiri juga menggambarkan dirinya individu Personaliti Neurotik!.

 

One response to “Responden dan Rakan Responden 2

  1. Dr. Zulkifli Ahmad

    June 13, 2012 at 8:52 pm

    Sudah disemak. Anda didapati telah faham apa yang perlu dibuat untuk tugasan. Syabas!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: