RSS

Responden dan Rakan Responden 3

28 May

1) Rajah berikut adalah hasil soal selidik terhadap responden yang mewakili Personaliti Ekstrovert (Responden 3) :

 Analisa Jawapan Soal Selidik :

a) Responden telah banyak menunjukkan jawapan ke arah berpersonaliti Ektrovert. Berdasarkan jawapan responden, terdapat 4 jawapan ke arah Personaliti Ekstrovert, 3 jawapan ke arah Personaliti Berhemah, 1 jawapan kategori Personaliti Berfikiran Terbuka dan 1 jawapan ke arah menyenangkan perasaan.

Ini jelas menunjukkan responden sememangnya individu yang bepersonaliti Ekstrovert. Golongan Ekstrovert ini berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap “out going” , penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif. Individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari dirinya sendiri. Golongan ini tahap sosial yang tinggi dan sangat gemar menarik perhatian masyarakat di sekelilingnya melalui cara bercakap, penampilan, gaya hidup, mereka suka sangat bercakap,menilai diri mereka dan mendapat perhatian melalui tindakan yang mengundang kontroversi ataupun persoalan (gemar mewujudkan suasana membuat orang di sekelilingnya tertanya-tanya dengan tindakannya, hanya bertujuan untuk menarik perhatian orang di sekelilingnya sahaja.)

Hasil Dapatan Kajian Responden yang mewakili Personaliti Ekstrovert (Responden 3):

a) Berdasarkan analisa jawapan borang soal selidik tersebut, saya mendapati andaian saya terhadap Respoden 3 sebagai individu Personaliti Ekstrovert berdasarkan setiap status di dinding Facebook (wall posting) tersebut adalah bertepatan sama sekali iaitu Respoden 3 adalah Ekstrovert.

2) Rajah berikut adalah hasil jawapan soal selidik daripada Rakan Responden yang mewakili Personaliti Ekstrovert (Responden 3) :

Analisa Jawapan Soal Selidik Rakan Responden 3 :

a) Rakan responden 3, banyak memilih jawapan yang menunjukkan Responden 3 individu yang mempunyai Personaliti Neurotik. Berdasarkan analisa jawapan yang dipilih adalah, rakan responden 3 memilih 4 jawapan yang menggambarkan Responden 3 individu mempunyai personaliti Neurotik, 3 jawapan personaliti Berfikiran Terbuka dan hanya 1 jawapan yang menunjukkan Responden 3 personaliti Berhemah.

Hasil Dapatan Kajian terhadap Rakan Responden yang mewakili Personaliti Ekstrovert (Responden 3) :

a) Ini, telah menunjukkan bahawa andaian saya terhadap Responden 3 adalah tidak tepat dan jika mengambil kira pula pandangan atau pendapat daripada pilihan jawapan soal selidik daripada Rakan Responden 3 juga tidak seiring dengan pilihan jawapan oleh Responden 3 itu sendiri.

Kesimpulan berdasarkan andaian saya dan pendapat Rakan Responden :

Andaian saya yang mengandaikan Responden 3 sebagai individu Ekstrovert berdasarkan penggunaan laras bahasa di laman sosial Facebook langsung tidak menggambarkan Personaliti sebenar Responden 3.
Begitu juga dengan pendapat Rakan Responden berdasarkan jawapan yang dipilih melalui soal selidik tersebut juga tidak memberi gambaran yang jelas atau tepat personaliti sebenar Responden 3.

 

One response to “Responden dan Rakan Responden 3

  1. Dr. Zulkifli Ahmad

    June 13, 2012 at 8:51 pm

    Sudah disemak. Anda didapati telah faham apa yang perlu dibuat untuk tugasan. Syabas!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: