RSS

Responden dan Rakan Responden 4

28 May

1)   Rajah berikut adalah hasil jawapan soal selidik terhadap Responden yang mewakili Personaliti Berhemah :

Analisa Jawapan Soal Selidik

a) Responden dilihat memilih banyak jawapan yang menggambarkan dirinya mempunyai Personaliti Berfikiran Terbuka.
Berdasarkan jawapan responden memilih 4 jawapan yang menunjukkan Personaliti Berfikiran Terbuka, 2 jawapan Personaliti Menyenangkan Perasaan, 1 jawapan untuk Personaliti Berhemah dan 2 jawapan Personaliti Ekstrovert.
Maka, ini jelas menggambarkan Responden 4 adalah individu yang mempunyai Personaliti Berfikiran Terbuka.

Hasil Dapatan Kajian Responden yang mewakili Personaliti Berhemah (Responden 4) :

a) Berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh Responden 4 amat menampakkan dirinya lebih condong kepada individu yang Berfikiran Terbuka. Andaian saya yang melabelkan Responden 4 sebagai Personaliti Berhemah berpandukan setiap status yang dipaparkan pada dinding laman Facebook (wall posting) adalah tidak bertepatan dengan jawapan yang diberikan oleh Responden melalui soal selidik tersebut.

2) Rajah berikut pula, adalah hasil jawapan soal selidik Rakan kepada Responden yang mewakili Personaliti Berhemah (Responden 4) :

Analisa Jawapan Soal Selidik Rakan Responden 4 :

a) Rakan responden 4, banyak memilih jawapan yang menunjukkan Responden 4 individu yang mempunyai Personaliti Berfikiran Terbuka. Berdasarkan analisa jawapan yang dipilih adalah, rakan responden 4 memilih sebanyak 7 jawapan yang menggambarkan Responden 4 individu mempunyai Personaliti Berfikiran Terbuka, 1 jawapan Personaliti Menyenangkan Perasaan dan hanya 1 jawapan yang menunjukkan Responden 4 personaliti Berhemah.

Hasil Dapatan Kajian terhadap Rakan Responden yang mewakili Personaliti Berhemah  (Responden 4) :

a) Ini, telah menunjukkan bahawa andaian saya terhadap Responden 4 adalah tidak tepat juga tetapi jika mengambil kira pula pandangan atau pendapat daripada pilihan jawapan soal selidik daripada Rakan Responden 4 adalah  seiring dengan pilihan jawapan oleh Responden 4  itu sendiri.

Kesimpulan berdasarkan andaian saya dan pendapat Rakan Responden :

      Andaian saya yang mengandaikan Responden 4 sebagai individu Berhemah berdasarkan penggunaan laras bahasa di laman sosial Facebook langsung tidak menggambarkan personaliti sebenar Responden 4.
Namun begitu pendapat atau pandangan Rakan Responden 4 jika dilihat kepada pilihan  soal selidik tersebut menghasilkan gambaran personaliti yang sama dengan jawapan pilihan oleh Responden 4 itu sendiri iaitu condong kepada Personaliti Berfikiran Terbuka. Dapat disimpulkan andaian saya tidak kukuh berdasarkan hasil analisa soal selidik, sebaliknya menampakkan pandangan dan pendapat Rakan Responden 4 dan pilihan jawapan Respoden 4 itu sendiri memberi gambaran yang lebih jelas.

 
1 Comment

Posted by on May 28, 2012 in SKBP1023, SurveyMonkey

 

One response to “Responden dan Rakan Responden 4

  1. Dr. Zulkifli Ahmad

    June 13, 2012 at 8:48 pm

    Sudah disemak. Anda didapati telah faham apa yang perlu dibuat untuk tugasan. Syabas!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: