RSS

Responden dan Rakan Responden 5

28 May

1) Rajah berikut adalah hasil jawapan soal selidik Responden yang mewakili Personaliti Menyenangkan Perasaan (Responden 5) :

Analisa Jawapan Soal Selidik

a) Berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh Responden yang mewakili Personaliti Menyenangkan Perasaan, didapati Responden banyak memilih jawapan yang menjurus kepada Personaliti Ekstrovert.
Berdasarkan analisa, didapati Responden memilih 4 jawapan ke arah Personaliti Ekstrovert, 3 jawapan Personaliti Menyenangkan Perasaan dan 2 jawapan kepada Personaliti Berfikiran Terbuka.

Hasil Dapatan Kajian Responden yang mewakili Personaliti Menyenangkan Perasaan (Responden 5) :

a) Maka, dapatlah dilihat bahawa, Responden seorang individu yang comdong ke arah Personaliti Ekstrovert, yakni golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap “out going” , penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif. Individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari dirinya sendiri. Golongan ini tahap sosial yang tinggi dan sangat gemar menarik perhatian masyarakat di sekelilingnya melalui cara bercakap, penampilan, gaya hidup, mereka suka sangat bercakap, dan membuat tindakan yang boleh menimbulkan kontroversi atau persoalan terhadap orang disekelilingnya demi mendapatkan perhatian dan menjadi popular.

2) Rajah berikutnya pula adalah hasil jawapan soal selidik Rakan Responden yang mewakili Personaliti Menyenangkan Perasaan (Responden 5) :

Analisa Jawapan Soal Selidik Rakan Responden 5 :

a) Rakan responden 5, banyak memilih jawapan yang menunjukkan Responden 5 individu yang mempunyai Personaliti Menyenangkan Perasaan. Berdasarkan analisa jawapan yang dipilih adalah, rakan responden 5 memilih 5 jawapan yang menggambarkan Responden 5 individu mempunyai personaliti Menyenangkan Perasaan, 2 jawapan personaliti Berfikiran Terbuka dan 2 jawapan yang menunjukkan Responden 5 personaliti Berhemah.

Hasil Dapatan Kajian terhadap Rakan Responden yang mewakili Personaliti Menyenangkan Perasaan (Responden 5) :

a) Ini, telah menunjukkan bahawa andaian saya terhadap Responden 5 sebagai individu yang mempunyai personaliti Menyenangkan Perasaan adalah bersamaan dengan pandangan atau pendapat daripada pilihan jawapan soal selidik daripada Rakan Responden 5 yang juga memilih jawapan yang lebih menunjukkan Responden 5 sebagai individu yang Menyenangkan Perasaan.

Kesimpulan berdasarkan andaian saya dan pendapat Rakan Responden :

      Andaian saya yang mengandaikan Responden 5 sebagai individu Menyenangkan Perasaan berdasarkan penggunaan laras bahasa di laman sosial Facebook dapat memberi gambaran yang tepat berkaitan dengan personaliti sebenar Responden 5, ini adalah seiring dengan pendapat Rakan Responden 5 berdasarkan jawapan yang dipilih melalui soal selidik tersebut juga telah memberi gambaran yang jelas atau tepat personaliti sebenar Responden 5 sebagai individu menyenangkan perasaan.

 
1 Comment

Posted by on May 28, 2012 in SKBP1023, SurveyMonkey

 

One response to “Responden dan Rakan Responden 5

  1. Dr. Zulkifli Ahmad

    June 13, 2012 at 8:47 pm

    Sudah disemak. Anda didapati telah faham apa yang perlu dibuat untuk tugasan. Syabas!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: