RSS

Penilaian Kursus

29 May

Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia!!..

PENILAIAN KURSUS BAHASA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SKBP 1023 SET 2

Pembuka bicara saya adalah ucapan jutaan terima kasih saya ikhlas buat Tuan Pensyarah Bahasa dan Teknologi Maklumat, Dr Zulkifli yang begitu jitu, berkaliber dan profesional dalam menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Pensyarah merangkap Penyelia saya sepanjang Kursus Bahasa dan Teknologi Maklumat SKBP 1023 ini berjalan. Sungguh banyak ilmu, panduan, teguran yang membina dan bermanfaat telah ditaburkan oleh beliau kepada saya dan rakan seperjuangan dalam Program Linguistik Semester Dua Tahun Satu ini. Beliau tidak jemu dan cukup sabar dalam membimbing saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sepanjang tempoh pembelajaran.

Berkenaan dengan penilaian saya terhadap kursus ini, izinkan saya membuka tirai seterusnya dengan memberi tentang kebaikannya terlebih dahulu. Pada mula mengikuti kursus ini, saya sangat bimbang dan langsung tidak ada keyakinan untuk menyiapkan tugasan blog ini. Almaklumlah, ini kali pertama saya didedahkan untuk membangunkan blog sendiri ditambah pula tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang teknologi maklumat.
Pada peringkat awal saya merasa tidak selesa tetapi setelah mendapat tunjuk ajar daripada Tuan Pensyarah, Dr Zulkifli melalui menghadiri kelas tutorial dan kerjasama serta bantuan dari rakan-rakan yang lain akhirnya perkara yang saya bimbangkan menjadi satu perkara baru yang saya mula jatuh hati dan suka!!!.

Selain itu juga,  medium facebook yang saya praktikkan untuk berhubung dengan Tuan Pensyarah sekiranya saya tidak memahami sesuatu perkara menjadikan subjek ini menjadikan ianya tidak sesukar yang saya bayangkan sebelum ini.
Terima kasih sekali lagi buat Tuan Pensyarah yang mudah didekati oleh pelajarnya sekiranya pelajar ingin mendapatkan bantuan.

Disamping itu, saya telah mendapat pendedahan tentang perisian AntConc yang mengajar saya untuk mengetahui kekerapan kata yang digunakan dalam sesuatu  teks ucapan tersebut. Dengan adanya perisian seperti ini, sesuatu teks ucapan yang dikaji lebih mudah dan cepat.

Bukan sahaja, Perisian Antconc yang didedahkan kepada saya, malahan juga Perisian Survey Monkey turut saya pelajari dan menggunakannya untuk menghasilkan borang Soal Selidik yang lebih sistematik, menarik dan efisien digunakan.

Bila ada yang baiknya, pasti tidak lari pada kekurangannya. Apakah kekurangan dalam kursus ini ??
Pada pemerhatian saya, kami tidak mendapat kemudahan yang lengkap. Kemudahan bilik makmal Teknologi Maklumat tidak disediakan oleh pihak  Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik. Kemudahan bilik bagi kelas tutorial juga tidak dapat kami rasai, sebaliknya terpaksa mengadakan kelas tutorial di dalam Bilik Mesyuarat Pusat Program Pengajian. Disamping itu, kemudahan rangkaian intrnet yang disediakan di pusat sukar untuk dihubungkan. Hal ini kerana, pelajar kursus ini memerlukan penggunanan rangkaian internet untuk  diakses.

Maka dengan itu, sampai di sini sajalah penilaian saya terhadap Kursus Bahasa dan Teknologi Maklumat pada semester 2012 ini. Harapan saya ialah melalui penilaian saya terhadap kursus ini dapat membantu meningkatkan  dan membaiki kekurangan yang sedia ada untuk kemudahan semua.

Sekian, Terima Kasih.

 
1 Comment

Posted by on May 29, 2012 in Penilaian Kursus, SKBP1023

 

One response to “Penilaian Kursus

  1. Dr. Zulkifli Ahmad

    June 13, 2012 at 8:40 pm

    Sudah disemak. Penilaian anda tidak menyeluruh kerana tidak menyatakan perisian:
    – WordPress
    – Google search
    – Google docs
    yang sudah diajar di dalam kursus ini.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: