RSS

BAB 1

15 Mar

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Kertas Kerja Kerangka Kajian ini dihasilkan adalah bertujuan untuk mengkaji sistem bahasa dialek daerah Jeli, Kelantan dari aspek ilmu linguistik iaitu sebutan (Fonologi), pembentukan kata (Morfologi), pembentukan ayat (Sintaksis), makna leksikal (kata) dalam bidang Semantik dan kajian pemilihan kata yang dipilih dalam situasi tertentu yakni dalam ilmu Pragmatik.

Dialek mempunyai sistem tersendiri yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada sistem bahasa Melayu standard dari aspek sebutan, pembentukan kata, pembentukan ayat, semantik dan pragmatik. Namun begitu, perbezaan sistem dialek dan bahasa Melayu standard tidak menjadikan dialek dianggap satu bahasa pertuturan yang asing dalam masyarakat Melayu. Dialek merupakan satu unsur variasi bahasa Melayu yang dituturkan oleh sekumpulan masyarakat yang berbeza taraf sosial, ekonomi, politik dan kedudukan geografinya di Malaysia.

Penulisan Kertas Kerja ini diteruskan lagi dengan menghuraikan latar belakang Negeri Kelantan Darul Naim. Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri yang berasaskan pengusahaan pertanian seperti tanaman padi dan perikanan sesuai dengan kedudukan geografi Negeri Kelantan di persisiran pantai Timur Laut Semenanjung Malaysia. Negeri Kelantan ini dibahagikan kepada 10 jajahan pentadbiran atau daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Bagi tujuan kajian analisis dialek Negeri Kelantan daerah pilihan kajian adalah Daerah Jeli.

Penduduk Jeli seramai 40,637 orang (banci 2010). Penduduk di daerah Jeli seramai 21,120 orang, penduduk di daerah Kuala Balah seramai 12,062 dan penduduk di daerah Batu Melintang seramai 9,690 orang. Kaum Melayu seramai 42,400 orang manakla Orang Asli seramai 472 orang. Peratusan penduduk Melayu ialah 97.7%, Orang Asli 1.1%, Cina 0.16%, India 0.09%, dan lain-lain 0.9%. (sumber statistik daripada Wikipedia.)

Daerah Jeli bersempadan dengan daerah Negara Thailand, maka dengan itu melalui kajian ini dapat dilihat wujud atau tidak pengaruh Bahasa Thailand terhadap masyarakat di daerah Jeli, Kelantan.

Penulisan Kerangka Kajian ini diteruskan lagi dengan mengemukakan pernyataan masalah kajian dalam menjalankan Kajian Dialek Jeli, Kelantan Berdasarkan 5 Aspek Bahasa. Penulisan Pernyataan Masalah dibincangkan dalam subtajuk Bab 1 iaitu Pernyataan Masalah.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sistem linguistik yang wujud dalam dialek Jeli, Kelantan ini berfokuskan kepada 5 aspek kajian yang telah digalurkan iaitu dari aspek sebutan, pembentukan kata, pembentukan ayat, makna kata dan penggunaan kata mengikut situasi dengan mengenalpasti perbezaan yang wujud dengan Bahasa Melayu Standard.
Berdasarkan pencarian maklumat menggunakan Aplikasi Komputer, Google Search kajian lampau pernah dibuat oleh pengkaji yang dikenali Hakimi Al Geriki: Bahasa Pendalaman melalui alamat talian http://menjejakharapan.blogspot.com . Berdasarkan kajian tersebut dapat dilihat kajian yang terlalu bersifat umum dan tidak fokus hanya kepada dialek daerah Jeli, Kelantan tetapi dialek Kelantan semata-mata. Kajiannya juga hanya memilih senarai leksikal yang sangat terhad dan tidak fokus kepada kumpulan kata. Namun demikian, kajiannya membuat perbandingan dengan pelbagai dialek dari negeri lain juga seperti Kedah, Perak dan Terengganu, namun ia masih terlalu umum dan tidak fokus kepada 2 dialek sahaja sebagai suatu perbandingan.

Justeru itulah kajian yang diusahakan ini lebih dilihat menutup kelompongan terhadap hasil pengkaji lepas yang hanya menjalankan kajian dialek Jeli, Kelantan secara umum tidak menumpukan kepada aspek kajian linguistik dan tidak membuat perbandingan dengan Bahasa Melayu Standard. Kajian kali ini lebih holistik dan memberi penekanan kajian yang bersifat ilmu Linguistik dan diperkukuhkan lagi dengan pengaplikasian komputer bagi tujuan analisis yang lebih sistematik dan ekonomis.

Kajian ini berfokus kepada penutur natif daerah Jeli, Kelantan berdasarkan senarai 10 leksikal dari setiap kategori Kata Nama, Kata Kerja dan Sistem Kata Panggilan.

Kajian ini dilaksanakan mengikut prosedur kajian yang berperingkat –peringkat iaitu mengumpul data, menganalisis melalui tugas mentranskripsi data dan mengesan kekerapan leksikal berkaitan menggunakan Perisian Antconc dan memaparkan dapatan kajian melalui YouTube dan WordPress. Bagi dapatan kajian berbentuk audio disimpan melalui Perisian Sound Cloud.

1.3 SOALAN KAJIAN

Dalam menjayakan kajian ini, terdapat beberapa bentuk Soalan Kajian yang diketengahkan sebagai panduan untuk mencapai Objektif Kajian.

1. Apakah perbezaan sebutan kata yang dituturkan oleh penutur natif dialek Jeli, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard?

2. Apakah pembentukan kata yang terbentuk dalam dialek Jeli, Kelantan dan apakahkah perbezaan yang wujud dengan Bahasa Melayu Standard?

3. Apakah perbezaan struktur ayat dalam dialek Jeli, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard?

4. Apakah perbezaan makna perkataan atau makna butir leksikal dalam dialek Jeli, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard?
5. Apakah perbezaan pemilihan kata dalam dialek Jeli, Kelantan yang digunakan dalam situasi atau konteks sosial iaitu dari aspek Kata Nama dan Kata Kerja yang mungkin dapat dilihat akan perbezaan penggunaannya dalam konteks sosial Bahasa Melayu Standard?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian dalam Kajian Dialek Jeli, Kelantan adalah terbahagi kepada 5 aspek analisis linguistik iaitu :

1. Mengenal pasti perbezaan bunyi dialek Jeli, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard

2. Mengenal pasti perbezaan pembentukan kata yang terbentuk dalam dialek Jeli, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.

3. Mengenal pasti perbezaan struktur ayat dalam dialek Jeli, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.

4. Mengenal pasti perbezaan makna perkataan atau makna butir leksikal dalam dialek Jeli, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.

5. Mengenal pasti perbezaan pemilihan kata antara dialek Jeli, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard dalam
situasi Sistem Kata Panggilan.

1.5 SKOP KAJIAN

Kajian ini memilih lokasi di daerah Jeli, Kelantan dan 1 responden yang terlibat adalah penduduk asal daerah Jeli, Kelantan berusia 22 tahun.
Kajian ini mengenalpasti 10 butir leksikal yang tergolong dalam kelompok Kata Nama, Kata Kerja dan Sistem Kata Panggilan sahaja yang akan melihat akan perbezaannya dengan Bahasa Melayu Standard yang dikaji merangkumi 5 aspek linguistik iaitu sebutan, pembentukan kata, struktur ayat, makna kata dan penggunaan kata mengikut konteks atau situasi sosial.

1.6 KESIMPULAN

Secara kesimpulan bagi Bab Pengenalan ini ialah menerangkan tentang latar belakang daerah Jeli, Kelantan sebagai sampel kajian. Bab pengenalan ini juga memperlihatkan tajuk-tajuk berangkai yang lain dilihat amat relevan dinyatakan dalam kerangka kajian bagi memastikan Objektif Kajian dapat dicapai.

 
Leave a comment

Posted by on March 15, 2013 in Bab 1, SKBL2113

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: