RSS

BAB 3

15 Mar

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Kajian ini mengambil beberapa kaedah dalam mengutip , menganalisis dan memaparkan dapatan kajian. Berikut adalah senarai kaedah yang digunakan untuk kajian ini :

a) Menemubual responden yang merupakan penutur natif dialek Jeli, Kelantan melalui bentuk soalan yang meliputi aspek Objektif Kajian iaitu sebutan, pembentukan kata, pembentukan ayat, makna kata (berdasarkan pemilihan leksikal) dan kajian makna penggunaan kata berdasarkan situasi sosial (Sistem Kata Panggilan).

b) Merakam sesi temubual bersama responden secara video dan audio. Hasil rakaman sesi temubual akan disimpan menerusi Perisian Sound Cloud.

c) Penyediaan Teks Terjemahan Rakaman Audio

d) Penyediaan Teks Trasnkripsi Fonetik Rakaman Audio

e) Menganalisis aspek linguistik menggunakan Perisian AntConc untuk tujuan analisis pembentukan kata, ayat, kekerapan kata yang mempunyai makna.

f) Pemaparan hasil atau dapatan kajian menggunakan You Tube dan dipaparkan menerusi blog yang telah dibina menggunakan Perisian WordPress.

3.2 SAMPEL KAJIAN

Pensampelan kajian dibuat secara mudah iaitu Convinience Sampling. Responden yang dipilih untuk jayakan kajian ini ialah penutur natif dialek Jeli, Kelantan. Responden berumur 22 tahun. Penutur merupakan pelajar Universiti Tempatan di Ibu Negara. Tujuan lain atau faktor penarik responden ini dipillih adalah untuk melihat “kesetiaan” penguasaan dialek Jeli, Kelantan dalam diri responden masih jitu dan kukuh walaupun telah mula mendapat pendidikan di luar daerah kelahirannya Jeli, Kelantan.

Secara tidak langsung, susulan daripada pensampelan kajian ini dapat mengukur atau memaparkan semangat jati dialek di kalangan remaja masih utuh dalam diri mereka walaupun telah mula mendapat pendedahan pendidikan dan sosial yang lebih luas berbanding kehidupan sosialnya di daerah Jeli, Kelantan.
 

3.3 ALAT KAJIAN

Dalam menjalankan Kajian ini terdapat beberapa “tools” atau alat kajian yang digunakan. Antara alatan kajian tersebut ialah :

a) Perisian Ant Conc yang digunakan untuk menganalisis kekerapan kategori kata yang telah dikenal pasti untuk tujuan kajian, iaitu Kata Nama dan Kata Kerja yang digunakan dalam dialek Jeli, Kelantan.

b) Kajian ini diperkemaskan lagi dengan pengaplikasian komputer bagi menyempurnakan kajian dialek Jeli, Kelantan. Antara pengaplikasian komputer yang digunakan adalah You tube yang berfungsi untuk memaparkan dapatan atau hasil kajian dialek serta Perisisan Sound Cloud yang digunakan untuk memaparkan kesan audio bagi tujuan paparan data berbentuk audio.

3.4 PROSEDUR KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian perbezaan dialek Jeli, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard terdapat beberapa proses dijalankan merangkumi aspek linguistik yang diberi perhatian dalam kajian iaitu aspek sebutan, pembentukan kata, pembentukan ayat, makna kata dan pemilihan kata yang digunakan dalam situasi tidak formal yakni sistem kata panggilan.

3.4.1 Aspek sebutan

– membuat rakaman audio responden
– membuat transkripsi fonetik
– membezakan sebutan Kata Nama dan Kata Kerja dialek Jeli, Kelantan dengan
Bahasa Melayu Standard.

3.4.2 Aspek Pembentukan Kata

– membuat rakaman audio responden
– membuat transkripsi fonetik
– hasil transkripsi akan dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format
TXT, kemudian akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja
yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian AntConc.

3.4.3 Aspek Makna Kata

– membuat rakaman audio responden
– membuat transkripsi fonetik
– hasil transkripsi akan dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format
TXT, kemudian akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja
yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian AntConc.
– leksikal pilihan dalam kategori Kata Nama dan Kata Kerja akan dianalisis dari aspek makna kata dalam dialek Jeli, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.

3.4.4 Aspek Pembentukan Ayat

– antara perkara yang diambil perhatian dari aspek pembentukan frasa dan ayat ialah penggunaan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa keterangan yang ada digunakan dalam dialek Jeli, Kelantan
– mengesan perbezaan yang wujud dalam penggunaan frasa tersebut dalam Bahasa Melayu Standard.
– membuat rakaman audio responden
– membuat transkripsi fonetik
– hasil transkripsi akan dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format
TXT, kemudian akan menganalisis kekerapan leksikal frasa nama, kerja, adjektif dan keterangan
yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian AntConc.
– leksikal pilihan dalam kategori frasa tersebut akan dianalisis dari aspek pembentukan frasa dan ayat dalam dialek Jeli, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.

3.4.5 Aspek Pragmatik (pemilihan kata yang digunakan dalam situasi tidak formal)

– kategori senarai leksikal yang dipilih ialah kategori Kata Ganti Nama dan Kata Panggilan Keluarga dalam konteks tidak formal.
– membuat rakaman audio responden
– membuat transkripsi fonetik
– hasil transkripsi akan dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format
TXT, kemudian akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja
yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian AntConc.
– leksikal pilihan dalam kategori Kata Ganti Nama dan Kata Panggilan Keluarga dalam konteks tidak formal akan dianalisis dari aspek pragmatik dalam dialek Jeli, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.

3.5 KESIMPULAN

Kesimpulannya, metod yang dipilih oleh pengkaji adalah berdasarkan kesesuaian dengan perkara yang ingin dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah atau pendekatan yang bersesuaian bagi memastikan dapatan kajian bersifat saintifik, sejajar dengan prinsip kajian Linguistik yang menitikberatkan akan ekonomis, saintifik dan tahap kesahihan. Selain itu, responden dan tempat kajian yang dipilih memudahkan pengkaji dalam membuat kajian dan selaras dengan objektif kajian. Kaedah-kaedah kajian dan responden yang terlibat adalah penting kerana kedua-duanya merupakan faktor utama yang akan menentukan kejayaan sesebuah penyelidikan.

 
Leave a comment

Posted by on March 15, 2013 in Bab 3, SKBL2113

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: