RSS

Statistik

30 Mar

1.0   PENGENALAN

Statistik merupakan sebuah pendekatan kajian yang bersifat kuantitatif dan ianya penting memaparkan hasil data yang diperolehi.Hal ini demikian kerana, statistik bukan sahaja dapat memberi maklumat kepada pengkaji tetapi juga kepada pembaca.Melalui pemaparan statistik ianya sangat berkesan dalam memberi gambaran bersifat kualitatif kerana secara asasnya statistik ialah satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis, dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif.

Kini statistik semakin berkembang dan terdapat dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang ekonomi, sosial, kesihatan, industri pengolahan, pertanian, eksperimen-eksperimen biologi, dan sebagainya. Definisi statistik pun berubah dari ilmu tentang kependudukan menjadi ilmu tentang bagaimana merencanakan, mengumpulkan, mengolah, menganalisa, menginterpretasi dan mempresentasikan data.

Terdapat dua metode statistik untuk menganalisa data iaitu pertama adalah metode pemaparan (descriptive statistics). Metode pemaparan  ialah metode statistik yang hanya mempelajari bagaimana cara mengolah, menganalisa dan memaparkan data tanpa ada kesimpulan untuk memprediksi keadaan secara umum.

Metode statistik deskriptif memaparkan bagaimana menggambarkan suatu data seperti :

(i) pemusatannya / central tendency

(ii) penyebarannya /variability

(iii) pengelompokannya / classify

(iv) menyajikannya dalam bentuk gambar / graphic maupun tabulasi data / tabulation.

Kedua metode statistik adalah metode pengambilan kesimpulan (inferential statistics). Metode statistik inferensia digunakan untuk mengetahui kondisi (karakteristik) dari seuatu populasi data dengan menganalisa kondisi suatu sampel yang diambil.

Metode statistik inferensia merangkumi seperti :

(i) bagaimana cara mengambil sampel yang tepat sehingga dapat mewakili populasi

(ii) menarik kesimpulan dari data sampel untuk menggambarkan populasi secara keseluruhan

(iii) mengukur penyimpangannya.

(Dipetik dari : http://ngobrolstatistik.wordpress.com)

Berdasarkan tugasan yang diberi, pengkaji akan menggunakan kaedah statistik untuk mempersembahkan hasil dapatan yang diperolehi daripada “SurveyMonkey” ke atas lima orang responden dan rakan responden berdasarkan lima domain utama akan dipaparkan di bawah.

2.0  PERNYATAAN MASALAH

Manusia ialah makhluk sosial. Dalam bersosial, interaksi verbal dan bertulis sering menjadi ukuran personaliti seseorang. Antara tempat bersosial pada masa kini ialah tapak rangkaian sosial atas talian (Social Networking Websites). Facebook merupakan tapak rangkaian sosial atas talian yang paling popular pada masa kini. Sering pemilik akaun facebook menghadapi pelbagai dilema untuk menerima, meneruskan atau mematikan persahabatan dengan pemilik akaun facebook yang lain.  Tindakan ini banyak bergantung pada personaliti pemilik akaun facebook itu sendiri.

Menurut Golbeck et.al (2011), personaliti sesorang boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu: berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik.

domain_5_personaliti_utama

Lazimnya, personaliti rakan facebook diandaikan daripada posting dan komennya di facebook. Persoalannya adalah sama ada wajar atau tidak membuat andaian personaliti  rakan facebook dengan hanya berdasarkan posting dan komennya. Maka dengan itu, kajian ini berusaha untuk mengenalpasti persoalan ini.

3.0   SOALAN KAJIAN

Adakah personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook?

4.0   OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook.

5.0   METODOLOGI KAJIAN

Metodologi berasal dari bahasa Yunani iaitu “metodos” dan “logos”.Metodologi memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah kajian. Hal ini demikian kerana bahagian ini mampu menentukan sama ada kajian tersebut dapat menjawab objektif kajian atau sebaliknya. Ia memerlukan penelitian  yang sistematik bagi meningkatkan pengetahuan dan berorganisasi untuk menyelidiki masalah tertentu yang memerlukan jawaban. Oleh itu, bab ini memberi tumpuan bagaimana cara yang akan dilakukan oleh pengkaji untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

Metodologi kajian merangkumi aspek persampelan, alat kajian dan prosedur kajian.Kajian ini ialah kajian kuantitatif.

6.0   PERSAMPELAN

Responden terdiri daripada 5 orang responden dan 5 orang rakan responden. Responden merujuk pada orang yang menjadi rakan facebook pengkaji. Pengkaji tidak mengenali responden secara bersemuka. Responden tersebut dibahagikan mengikut kategori  personaliti. Pembahagian kategori personaliti  bersandarkan ciri-ciri personaliti yang dinyatakan dalam Carta Domain Personaliti (Rujuk Lampiran) iaitu berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik. Rakan responden merujuk pada rakan kepada responden yang dikaji. Pengkaji tidak mengenali rakan responden secara bersemuka.
7.0   ALAT KAJIAN

Bagi mengukuhkan kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti alat atau “instrument “ yang sesuai untuk mendapatkan data adalah melalui penggunaan kajian berbentuk “Soal Selidik” dengan menggunakan perisian “SurveyMonkey”.

8.0    PROSEDUR KAJIAN

Dalam menjalankan kajian terdapat beberapa prosedur atau langkah-langkah yang digalurkan bagi tujuan proses pengumpulan dan penganalisisan data atau maklumat dalam kajian bahasa terhadap pengenalpastian personaliti rakan Facebook pilihan.

Prosedur atau langkah kajian dapat dimanifestasikan oleh pengkaji dalam bentuk paparan diagram bagi memudahkan pemahaman pembaca. Prosedur tersebut sebagaimana dalam rajah diagram berikut :

DIAGRAM

8.1   Pemilihan responden.
Pemilihan responden dibuat dengan menganalisis rakan-rakan facebook yang tidak dikenali secara bersemuka. Dalam kajian ini, rakan facebook yang dikaji ini dinamakan responden.

8.2   Penetapan personaliti responden.

Penetapan personaliti responden dibuat dengan menganalisis ‘posting’ (kiriman) dan komen responden dalam facebook. Andaian terhadap personaliti responden 1 hingga 5 adalah berdasarkan  Carta Domain Personaliti. Sebanyak 10 posting atau komen responden tersebut direkodkan sebagai bukti personaliti mereka

8.3   Pengkodan responden.

Responden berfikiran terbuka dikodkan R1. Responden berhemah dikodkan R2. Responden ekstrovert dikodkan R3, Responden menyenangkan perasaan dikodkan R4;  dan Responden neurotik dikodkan R5.

Kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan A; kategori personaliti Berhemah dikodkan B; kategori personaliti Ekstrovert dikodkan C; kategori personaliti Menyenangkan Perasaan dikodkan D; dan  kategori personaliti Neurotik dikodkan E.

8.4   Pengkodan rakan responden.

Rakan R1 dikodkan RR1. Rakan R2 dikodkan RR2. Rakan R3 dikodkan RR3, Rakan R4 dikodkan RR4;  dan Rakan R5 dikodkan RR5.

8.5   Soal-selidik responden.

Soal-selidik mengandungi 10 item soalan (Rujuk Lampiran) dibina dan diserahkan kepada responden untuk dijawab. Objektif soal-selidik ini adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden. Daripada 10 item soalan tersebut, 9 item soalan memapar situasi yang mana responden perlu memilih salah satu daripada lima pilihan jawapan.  Pilihan jawapan tersebut dibina mengikut lima kategori personaliti yang telah ditetapkan.  Jawapan pilihan responden  diandaikan dapat mengukuhkan andaian kajian ini terhadap personaliti responden.

8.6  Soal-selidik rakan responden.

Item soalan 2 – 10 dalam soal-selidik diubah sedikit agar rakan responden memberi andaian terhadap jawapan yang responden cenderung memilih (Rujuk Lampiran).   Objektif soal-selidik adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden.

8.7   Dapatan soal-selidik dianalisis untuk mengkaji tahap ketepatan andaian personaliti responden. Skala 60% – 100% dianggap menyakinkan; skala 40% – 59% dianggap kurang menyakinkan; dan skala 0% – 39% dianggap tidak menyakin.

8.8  Rumusan kajian dibuat untuk menjawab soalan kajian dan menentukan sama ada objektif kajian tercapai.

9.0   ANALISIS DATA

% Ketepatan

Skala Ketepatan

%
Korelasi

R & RR

Skala Ketepatan

Bil Item Soalan 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1 Berfikiran terbuka R A A  B D A A A A  A 78% (7/9) Meyakinkan 78 MEYAKINKAN
RR A A  C B A A A A  A 78%(7/9) Meyakinkan
2 Berhemah R B B  B B A B B B B 78%(7/9) Meyakinkan 83.5 MEYAKINKAN
RR A B  B  B B B B B  B 89%(8/9) Meyakinkan
3 Ekstrovert R D C C C C D C C  C 78%(7/9) Meyakinkan 83.5 MEYAKINKAN
RR C D C C C C C C  C 89%(8/9) Meyakinkan
4 Menyenangkanperasaan R C D C C D  D D D D 67%(6/9) Meyakinkan 67 MEYAKINKAN
RR A D D A D A D D D 67%(6/9) Meyakinkan
5 Neurotik R  E E E A B E C E E 67%(6/9) Meyakinkan 84 MEYAKINKAN
RR  E E E E E E E E E 100%(9/9) Meyakinkan

 Analisis hasil statistik di atas ialah :

Personaliti Berfikiran Terbuka

9.1   Berdasarkan jadual di atas didapati   78% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R1 berpersonaliti berfikiran terbuka. Rakan responden (RR1) juga memberi andaian yang menyakinkan dengan 78% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 berfikiran terbuka. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 78%. Ini menunjukkan andaian terhadap R1 (responden berfikiran terbuka) adalah menyakinkan.

Personaliti Berhemah

9.2   Berdasarkan jadual di atas didapati   78%  daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R2 berpersonaliti berhemah. Rakan responden (RR2) pula memberi andaian yang  menyakinkan dengan 89% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R3 berpersonaliti berhemah. Peratus korelasi antara R2 dan RR2 ialah 83.5%. Ini menunjukkan andaian terhadap R2 (responden berhemah) adalah  menyakinkan.

Personaliti Ekstrovert

9.3   Berdasarkan jadual di atas didapati   78% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R3 berpersonaliti ekstrovert. Rakan responden (RR3) memberi andaian yang menyakinkan dengan 89% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 juga personaliti Ekstrovert. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 83.5%. Ini menunjukkan andaian terhadap R3 (responden berpersonaliti ekstrovert) adalah juga menyakinkan.

Personaliti Menyenangkan Perasaan

9.4   Berdasarkan jadual di atas didapati 67%  daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R4 berpersonaliti menyenangkan perasaan. Rakan responden (RR4) juga memberi andaian dengan memaparkan 67% daripada 9 item soalan tersebut sebagai menyenangkan perasaan. Peratus korelasi antara R4 dan RR4 juga menghasilkan 67% sebagai personaliti Menyenangkan Perasaan. Ini menunjukkan andaian terhadap R4 (responden berpersonaliti menyenangkan perasaan) juga adalah menyakinkan.

Personaliti Neurotik

9.5   Berdasarkan jadual di atas didapati   hanya 67% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R5 berpersonaliti neurotik. Rakan responden (RR5) memberi andaian yang sangat menyakinkan dengan memperlihatkan peratusan yang tinggi iaitu 100% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R5 berpersonaliti neurotik. Peratus korelasi antara R5 dan RR5 ialah 84%. Ini menunjukkan andaian terhadap R5 (responden berpersonaliti neurotik) adalah amat-amat menyakinkan.

10.0   RUMUSAN KAJIAN

Sebagai rumusan, tanggapan bahawa personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan daripada posting dan komen yang terpapar dalam facebook boleh diterima untuk menentukan personaliti rakan Facebook kerana semua maklum balas soal selidik menepati skala meyakinkan.

 
1 Comment

Posted by on March 30, 2013 in SKBL2113, SKBP1023, Statistik

 

One response to “Statistik

  1. Dr. Zulkifli Ahmad

    April 17, 2013 at 11:14 pm

    Kiraan peratus korelasi R & RR banyak yang salah.

    Cara kira % korelasi R & RR tanpa menggunakan jari kaki.
    Contoh:
    1. 78 + 67 = 145/2 = 72.5 (meyakinkan)
    2. 55 + 55 = 110/2 = 55 (kurang menyakin)
    3. 78 + 78 = 156/2 = 78 (meyakinkan)
    4. 67 + 78 = 145/2 = 72.5 (meyakinkan)
    5. 78 + 89 = 167/2 = 83.5% (meyakinkan)

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: