RSS

BAB 5

21 Apr

 BAB 5

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap Responden yang mewakili penutur Dialek Jeli, Kelantan, pengkaji dapat membuat dapatan bahawa walaupun terdapat perbezaan leksikal yang jelas antara Dialek Jeli Kelantan dan Bahasa Melayu Standard, sebagaimana dalam aspek sebutan dan pembentukan kata yang dapat dilihat wujudnya pembentukan leksikal baru dalam dialek Jeli Kelantan, namun tidak dapat dinafikan terdapat juga persamaan yang dapat dilihat dari segi pembentukan ayat dan penggunaan kata ganti nama diri dan kata sapaan dengan Bahasa Melayu Standard.

Bagi analisis makna kata pula, memperlihatkan perbezaan makna yang amat ketara antara DJK dengan BMS bagi bentuk leksikal yang sama.

Kajian yang dilakukan ini diharap agar dapat memberi pendedahan serba sedikit mengenai aspek-aspek linguistik yang terdapat dalam Dialek Jeli Kelantan dengan menjadikan bahasa Melayu Standard sebagai penanda aras. Selain itu, hasil dapatan kajian ini juga telah memperlihatkan Dialek Jeli Kelantan merupakan antara dialek dalam masyarakat Melayu Malaysia yang unik di Malaysia dan perlu dipelihara. Oleh itu, kajian yang lebih banyak dan mendalam terhadap Dialek Kelantan dan khususnya dialek Jeli Kelantan haruslah dijalankan bagi memelihara keunikan dialek Jeli Kelantan selain pelbagai dialek yang terdapat di Malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on April 21, 2013 in Bab 5, SKBL2113

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: