RSS

Item Soalan Soal Selidik

21 Apr

1.   Senarai Soalan Soal Selidik kepada Responden

2. Situasi : Anda telah memilih sepasang atau sehelai baju yang sesuai corak dan saiznya untuk diri anda. Anda teruja untuk membeli baju tersebut dan menuju ke kaunter pembayaran. Setibanya di kaunter, anda dapati tiada petugas di kaunter pembayaran butik pakaian tersebut.

Soalan : Apakah reaksi atau tindakan anda ?

a) Mula memanggil-manggil dengan nada suara yang tinggi untuk menarik perhatian dan mendesak petugas kaunter berada di kaunter pembayaran.
b) Anda menunggu sambil meneliti kualiti tekstil pakaian pilihan anda untuk memastikan tiada sebarang kerosakan sementara berharap petugas kaunter muncul.
c) Beredar dari kaunter dan berlegar-legar dalam butik melihat koleksi jualan yang lain sementara menunggu kehadiran petugas kaunter.
d) Anda dengan tenang menunggu di kaunter sambil melayan telefon bimbit hiburkan hati.
e) Mula merasa tidak puas hati dan mula mencari petugas tersebut dan berhasrat untuk menegur kelakuan petugas kerana membiarkan kaunter pembayaran kosong.

3. Situasi : Anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk
Soalan : Apakah yang anda akan lakukan?

a) Membuka tingkap kenderaan sambil meninjau-ninjau keluar dan membuat mimik muka yang mesra sambil menegur sapa pemandu lain yang juga terperangkap.
b) Menghubungi rakan anda bagi mendapatkan maklumat jalan alternatif lain.
c) Bertindak memotong barisan dengan memandu kenderaan di lorong kecemasan.
d) Menghubungi balai polis untuk dapatkan bantuan trafik jalan raya.
e) Mula memasang siaran radio atau memainkan lagu pilihan anda melalui koleksi cakera padat anda.

4. Situasi : Anda dilantik sebagai Ketua Kumpulan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan jantina.

Soalan : Bagaimanakah pendekatan atau cara yang akan anda tonjolkan bagi memastikan anda diterima sebagai Ketua dan ahli mematuhi arahan anda?

a) Sentiasa bersikap tegas bagi mengelakkan arahan dan keputusan dipertikai oleh ahli kumpulan.
b) Mementingkan aspek disiplin, toleransi, hormat menghormati, kerjasama, kebajikan dan proaktif.
c) Mengamalkan sikap ramah, mesra, mudah didekati dan tidak cerewet serta pentingkan kerja disiapkan tepat pada masanya.
d) Bersikap tegas di samping mengamalkan sikap keterbukaan yakni memberi peluang kepada ahli kumpulan mengutarakan pendapat, menilai keputusan dan arahan anda.
e) Sentiasa berusaha mewujudkan suasana yang tenang dan tidak tegang melalui penggunaan bahasa halus dalam memberi arahan.

5. Situasi : Anda sedang menikmati makanan. Tiba-tiba anda didatangi seekor kucing sambil menggesel-geselkan badannya ke kaki anda.

Soalan : Apakah tindak balas anda terhadap reaksi kucing itu?

a) Anda menjerit-jerit meminta perhatian orang di sekeliling untuk membantu menghalau kucing itu.
b) Anda terus bangun kerana sensitif dengan haiwan jenis berbulu dan menganggap kucing itu kotor.
c) Anda menghalau kucing itu dengan mencampakkan makanan jauh dari tempat duduk anda.
d) Anda memberi sedikit / secubit makanan anda kepada kucing itu dan membiarkannya berada di bawah meja makan anda sahaja.
e) Anda terus mengangkat dan memeluk kucing itu kemudian memberi makanan kepadanya.

6. Situasi : Pada hujung minggu anda merancang untuk menonton wayang.

Soalan : Apakah genre filem pilihan anda?

a) Bertemakan kasih sayang
b) Bertemakan kemanusiaan
c) Bertemakan komedi
d) Bertemakan futuristik (dunia yang melampaui zamannya)
e) Bertemakan hiburan semata-mata

7. Situasi : Ibu dan bapa anda mengadakan majlis keramaian dan ramai jemputan yang hadir terdiri daripada kenalan ibu dan bapa anda, tentu sekali bukan kenalan seusia anda.

Soalan : Apakah reaksi dan akan anda lakukan semasa berada di kalangan tetamu yang tidak dikenali?

a) Anda cepat merasa bosan berada di majlis keramaian yang langsung tidak menepati citarasa anda dan bertindak mengasingkan diri.
b) Anda mengadakan gimik untuk menghiburkan tetamu dan sentiasa memeriahkan suasana dengan pelbagai aktiviti santai untuk menarik perhatian tetamu terhadap diri anda.
c) Tidak bersikap memilih tetamu dari segi usia, jantina dan bangsa. Anda bijak bergaul dan menyesuaikan diri anda.
d) Anda bersikap peramah dan sedia memberi pertolongan kepada tetamu yang kelihatan memerlukan sesuatu, bersikap ringan tulang contohnya menghulurkan makanan atau minuman kepada tetamu yang sukar mencapai makanan/minuman.
e) Bersikap bersahaja mendekati tetamu sambil memperkenalkan diri anda kepada tetamu.

8. Situasi : Anda mendapat pengiktirafan sebagai pekerja cemerlang, anda menyedari pengiktirafan anda tidak disenangi oleh rakan sekerja.

Soalan : Apakah tindakan anda dalam menghadapi situasi tersebut?

a) Bersikap profesional, tidak melibatkan emosi dan menganggap masalah tersebut satu fenomena yang biasa dihadapi dalam dunia pekerjaan.
b) Sentiasa menjaga ketrampilan diri dan prestasi kerja untuk lebih berkeyakinan dan menarik perhatian rakan sekerja.
c) Anda merasa sedih dan bertindak untuk mengasingkan diri dan meneruskan kerja anda seperti biasa. Anda juga yakin dan percaya anda boleh bekerja tanpa bantuan dan sokongan rakan anda.
d) Bersikap toleransi dan tidak membolot segala peluang yang ada tetapi turut berkongsi peluang tersebut dengan rakan sekerja bagi memastikan rakan anda juga belajar menjalankan tugas dengan cemerlang.
e) Berusaha mengambil hati rakan sekerja anda, melalui memulakan perbualan, menyapa, makan bersama, memberi motivasi dan mudah memberi bantuan.

9. Situasi : Anda diminta menyediakan pelaporan penting dan diberikan “deadline” untuk mengemukakan pelaporan tersebut.

Soalan : Apakah tindakan anda?

a) Anda mula mengumpul maklumat dan membuat senarai semak untuk memastikan perkara penting dilaporkan dalam pelaporan.
b) Sentiasa meminta dan mendesak penyelia anda menyemak draf laporan anda bagi memastikan tiada kekurangan maklumat.
c) Anda mudah merasa tegang apabila didatangi oleh tugasan lain semasa anda dalam usaha menyiapkan pelaporan penting tersebut.
d) Anda bersikap tenang dan kelihatan gembira seolah-olah tiada tugasan perlu disiapkan, walau hakikatnya anda juga dalam proses menyiapkan pelaporan.
e) Menyiapkan pelaporan dengan berkongsi maklumat dengan rakan bagi tujuan percambahan idea dan pendapat.

10. Soalan : Anda lebih selesa dilihat sebagai individu berpersonaliti ?

a) Individu yang mudah sensitif, mudah risau, tidak percaya pada orang lain, cepat tegang dan marah tetapi bersifat penyayang dan manja.
b) Individu yang suka memberi bantuan, kerjasama, bermotivasi tinggi, pendamai, optimistik, tidak suka ketegangan, suka menggunakan bahasa yang halus yang menyenangkan perasaan tetapi mudah cepat mempercayai orang.
c) Individu yang sentiasa ceria, gembira, peramah, mudah mesra, tidak sombong, sentiasa cergas dan bertenaga, tetapi kadang kala suka mendesak.
d) Individu yang bertanggungjawab, pentingkan kesempurnaan, tabah, boleh diharap, cenderung berpencapaian tinggi, rajin dan amat berperancangan.
e) Individu yang bijak, imaginatif, artistik, bercitarasa tinggi, berwawasan, ingin tahu yang tinggi, pandai mengawal dan menyesuaikan diri, berpandangan positif dan amat hargai pandangan orang lain.

2. Senarai Soalan Soal Selidik terhadap Rakan Responden

2. Situasi : Rakan anda telah memilih sepasang atau sehelai baju yang sesuai corak dan saiz untuk dirinya. Rakan anda teruja untuk membeli baju tersebut dan menuju ke kaunter pembayaran. Setibanya di kaunter, rakan anda dapati tiada petugas di kaunter pembayaran butik pakaian tersebut.

Soalan : Apakah reaksi atau tindakan rakan anda ?

a) Mula memanggil-manggil dengan nada suara yang tinggi untuk menarik perhatian dan mendesak petugas kaunter berada di kaunter pembayaran.
b) Rakan anda menunggu sambil meneliti kualiti tekstil pakaian pilihannya untuk memastikan tiada sebarang kerosakan sementara berharap petugas kaunter muncul.
c) Beredar dari kaunter dan berlegar-legar dalam butik melihat koleksi jualan yang lain sementara menunggu kehadiran petugas kaunter.
d) Rakan anda dengan tenang menuggu di kaunter sambil melayan telefon bimbit menghiburkan hatinya.
e) Mula merasa tidak puas hati dan mula mencari petugas tersebut dan berhasrat untuk menegur kelakuan petugas kerana membiarkan kaunter pembayaran kosong.

3. Situasi : Rakan anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk

Soalan : Apakah yang rakan anda akan lakukan?

a) Membuka tingkap kenderaan sambil meninjau-ninjau keluar dan membuat mimik muka yang mesra sambil menegur sapa  pemandu lain yang juga terperangkap.
b) Menghubungi rakannya untuk mendapatkan maklumat jalan alternatif lain.
c) Bertindak memotong barisan dengan memandu kenderaan di lorong kecemasan.
d) Menghubungi balai polis untuk dapatkan bantuan trafik jalan raya
e) Mula memasang siaran radio atau memainkan lagu pilihannya melalui koleksi cakera padat.

 4. Situasi : Rakan anda dilantik sebagai Ketua Kumpulan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan jantina.

Soalan : Bagaimanakah pendekatan atau cara yang akan rakan anda tonjolkan bagi memastikan dirinya diterima sebagai Ketua dan ahli mematuhi arahannya?

 a) Sentiasa bersikap tegas bagi mengelakkan arahan dan keputusan dipertikai oleh ahli kumpulan.
b) Mementingkan aspek disiplin, toleransi, hormat menghormati, kerjasama, kebajikan dan proaktif.
c) Mengamalkan sikap ramah, mesra, mudah didekati dan tidak cerewet serta pentingkan kerja disiapkan tepat pada masanya.
d) Bersikap tegas di samping mengamalkan sikap keterbukaan yakni memberi peluang kepada ahli kumpulan mengutarakan pendapat, menilai keputusan dan arahan.
e) Sentiasa berusaha mewujudkan suasana yang tenang dan tidak tegang melalui penggunaan bahasa halus dalam memberi arahan.

5. Situasi : Rakan anda sedang menikmati makanan. Tiba-tiba rakan anda didatangi seekor kucing yang menggesel-geselkan badannya ke kaki rakan anda.

Soalan : Apakah tindak balas rakan anda terhadap reaksi kucing itu?

a) Rakan anda menjerit-jerit meminta perhatian orang di sekeliling untuk membantu menghalau kucing itu.
b) Rakan anda terus bangun kerana sensitif dengan haiwan jenis berbulu dan menganggap kucing itu kotor.
c) Rakan anda menghalau kucing itu dengan mencampakkan makanan jauh dari tempat duduknya.
d) Rakan anda memberi sedikit / secubit makanannya kepada kucing itu dan membiarkannya berada di bawah meja makannya sahaja.
e) Rakan anda terus mengangkat dan memeluk kucing itu kemudian memberi makanan kepada kucing itu.

6. Situasi : Pada hujung minggu rakan anda merancang untuk menonton wayang.

Soalan : Apakah genre filem pilihan rakan anda?

a) Bertemakan kasih sayang
b) Bertemakan kemanusiaan
c) Bertemakan komedi
d) Bertemakan futuristik (dunia yang melampaui zamannya)
e) Bertemakan hiburan semata-mata

7. Situasi : Ibu dan bapa rakan anda mengadakan majlis keramaian dan ramai jemputan yang hadir terdiri daripada kenalan ibu dan bapa rakan anda, tentu sekali bukan kenalan seusia rakan anda.

Soalan : Apakah reaksi dan akan rakan anda lakukan semasa berada di kalangan tetamu yang tidak dikenali?

a) Rakan anda cepat merasa bosan berada di majlis keramaian yang langsung tidak menepati citarasa anda dan bertindak mengasingkan diri.
b) Rakan anda mengadakan gimik untuk menghiburkan tetamu dan sentiasa memeriahkan suasana dengan pelbagai aktiviti santai untuk menarik perhatian tetamu terhadap dirinya.
c) Tidak bersikap memilih tetamu dari segi usia, jantina dan bangsa. Rakan anda bijak bergaul dan menyesuaikan dirinya.
d) Rakan anda bersikap peramah dan sedia memberi pertolongan kepada tetamu yang kelihatan memerlukan sesuatu, bersikap ringan tulang contohnya menghulurkan makanan atau minuman kepada tetamu yang sukar mencapai makanan/minuman.
e) Bersikap bersahaja mendekati tetamu sambil memperkenalkan dirinya kepada tetamu.

8. Situasi : Rakan anda mendapat pengiktirafan sebagai pekerja cemerlang, dan dirinya menyedari pengiktirafannya tidak disenangi oleh rakan sekerja.

Soalan : Apakah tindakan rakan anda dalam menghadapi situasi tersebut?

a) Bersikap profesional, tidak melibatkan emosi dan menganggap masalah tersebut satu fenomena yang biasa dihadapi dalam dunia pekerjaan.
b) Sentiasa menjaga ketrampilan diri dan prestasi kerja untuk lebih berkeyakinan dan menarik perhatian rakan sekerja.
c) Rakan anda merasa sedih dan bertindak untuk mengasingkan diri dan meneruskan kerjanya seperti biasa. Rakan anda juga yakin dan percaya dirinya boleh bekerja tanpa bantuan dan sokongan rakan lain.
d) Bersikap toleransi dan tidak membolot segala peluang yang ada tetapi turut berkongsi peluang tersebut dengan rakan sekerja bagi memastikan rakannya juga belajar menjalankan tugas dengan cemerlang.
e) Berusaha mengambil hati rakan sekerjanya, melalui memulakan perbualan, menyapa, makan bersama, memberi motivasi dan mudah memberi bantuan.

9. Situasi : Rakan anda diminta menyediakan pelaporan penting dan diberikan “deadline” untuk mengemukakan pelaporan tersebut.

Soalan : Apakah tindakan rakan anda?

a) Rakan anda mula mengumpul maklumat dan membuat senarai semak untuk memastikan perkara penting dilaporkan dalam pelaporan.
b) Sentiasa meminta dan mendesak penyelianya untuk menyemak draf laporan bagi memastikan tiada kekurangan maklumat.
c) Rakan anda mudah merasa tegang apabila didatangi oleh tugasan lain semasa dirinya dalam usaha menyiapkan pelaporan penting tersebut. d) Rakan anda bersikap tenang dan kelihatan gembira seolah-olah tiada tugasan perlu disiapkan, walau hakikatnya rakan anda juga dalam proses menyiapkan pelaporan.
e) Menyiapkan pelaporan dengan berkongsi maklumat dengan rakan lain bagi tujuan percambahan idea dan pendapat.

10. Soalan : Rakan anda lebih rapat dikenali sebagai individu berpersonaliti ?

a) Individu yang mudah tegang, risau, sensitif, berasa tidak selamat dan mudah tersinggung.
b) Individu yang mudah memberi kerjasama, bantuan, motivasi, bersikap optimis dan mudah percayakan orang lain.
c) Individu yang peramah, mudah mesra, suka bergaya, suka bersosial, suka menarik perhatian dan sentiasa kelihatan bertenaga.
d) Individu yang sentiasa bertanggungjawab, tabah, boleh diharap, cenderung mencapai kejayaan dan amat cerewet serta berperancangan tinggi.
e) Individu yang bijak, imaginatif, artistik, bercitarasa tinggi, sifat ingin tahu yang tinggi dan suka hargai pendapat orang lain.

 
Leave a comment

Posted by on April 21, 2013 in Lampiran, SKBL2113

 

Leave a comment