RSS

Aspek Pembentukan Kata

28 Apr

Pengkaji telah menjalankan kajian terhadap Subjek Kajian yakni Responden merupakan penutur natif dialek Jeli, Kelantan.

Pada tahap kajian kedua pengkaji memfokuskan kajian terhadap aspek pembentukan kata. Hasil daripada temuramah yang dibuat bersama Responden, pengkaji dapat mengenal pasti pembentukan ayat seperti penggandaan leksikal, pengguguran suku kata, pengguguran fonem, pemotongan suku kata.

Pendekatan yang digunakan oleh pengkaji adalah secara mikro yakni menemuduga Responden dengan beberapa soalan yang berkisar dengan kognitif (persekitaran) Responden. Jawapan daripada soalan yang ditemuduga adalah menghasilkan gaya sebutan dialek Jeli yang dikuasainya.

Berikut adalah Rakaman Audio bagi Aspek Pembentukan Kata :

https://soundcloud.com/wahidah-1/1-1

Berikut adalah Transkripsi Teks Dialek Jeli, Kelantan yang dibandingkan dengan BMS sebagaimana dalam rajah berikut :

Transkripsi   Dialek Jeli, Kelantan Transkripsi Bahasa Melayu Standard
Data 1 :
Ambo   suko jale-jale kat tame bungo. Sekalo jale-jale tiko pete-pete Saya suka jalan-jalan dekat   taman bunga. Biasanya jalan-jalan ketika petang-petang
Data 2:
Nok wat   gapo kuruh?. Kuruh, kalu sehak tak po la. Kuruh nyakit bahayo ke dighi. Pastu   keno dok kat spita. Nyusoh ke ore tuo ja. Hendak buat benda kurus?. Kurus,   kalau sihat tidak apa. Kurus penyakit bahaya kepada diri. Lepas itu kena   duduk dekat hospital. Menyusahkan kepada orang tua sahaja.
Data 3:
Ambo   bole jaet. Mace-mace jaet. Jaet kain baju bole, jaet langsir bole, saghong   bata. Bole blako. Nak kato mahe dok jugok, bole la wat cari duwit blanjo. Saya boleh jahit. Macam-macam   jahit. Jahit kain baju boleh, jahit langsir boleh, sarung bantal. Boleh   belaka. Hendak kata mahir tidak juga, boleh buat cari duit belanja.
 Data 4:
gewe, supek, nusuk, tubek, ghok, nawok, samah, lembek, sengoti
 teman istimewa, plastik beg, sembunyi, keluar, semak samun, bohong, lima puluh sen, tilam dan sebenarnya.
Dapatan leksikal   analisis pembentukan kata
Data 1:
1. jale-jale 1. jalan-jalan
2. kat 2. dekat
3. tiko 3. ketika
4. pete-pete 4. petang-petang
Data 2:
1. nok 1. hendak
2. wat 2. buat
3. kalu 3. kalau
4. tak 4. tidak
5. po 5. apa
6. nyakit 6. penyakit
7. ke 7. kepada
8. pastu 8. lepas itu
9. dok 9. duduk
10. kat 10. dekat
11. spita 11. hospital
12. nyusoh 12. menyusahkan
13. ke 13. kepada
14. ja 14. sahaja
Data 3:
1. bule 1. boleh
2. mace-mace 2. macam-macam
3. bata 3. bantal
4. nok 4. hendak
5. dok 5. tidak
6. wat 6. buat
7. blanjo 7. belanja
DAPATAN ANALISIS LINGUISTIK : PEMBENTUKAN KATA

Dalam usaha pengkaji memaparkan dapatan analisis, pengkaji tidak memaparkan Transkripsi Fonetik kerana kajian ini tidak ke arah kajian aspek sebutan yang memerlukan paparan Transkripsi Fonetik.
Berikut adalah hasil dapatan analisis data:

1. Penggandaan penuh

-bermaksud proses pengulangan yang menyalin kesemua elemen yang terkandung dalam kata dasar.

Dapatan leksikal dalam BMS ditulis bersifat Linguistik iaitu leksikal atau morfem ditulis atau ditandai dengan lambang {  }. Contoh {makanan}.

Contoh DJK :

1. jale-jale           –           {jalan-jalan}

2. pete-pete         –           {petang-petang}

3. mace-mace        –        {macam-macam}
2. Pemotongan suku kata

– bertujuan untuk memendekkan penyebutan elemen yang terkandung dalam kata dasar

Dapatan leksikal dalam BMS ditulis bersifat Linguistik iaitu leksikal atau morfem ditulis atau ditandai dengan lambang {  }. Contoh {makanan}.

Contoh DJK  –         BMS

1. nak         –          {nak}

2. wat         –         {buat}

3. kalu        –           {kalau}

4. tak         –           {tak}

5. po           –           {pa}

6. nyakit       –        {nyakit}

7. ke            –          {ke}

8. pahtu        –         {pastu}

9. dok           –         {duduk}

10. kat          –         {kat}

11. spita       –        {hospital}

12. nyusoh    –     {menyusahkan}

13. ke           –         {pada}

14. ja           –          {saja}

15. nok        –          {nak}

16. dok        –        {tak}

17. wak       –        {buat}

3. Pengguguran fonem pada kedudukan koda dalam suku kata terakhir dalam leksikal. Contoh dalam Dialek Jeli Kelantan (DJK) ialah pengguran Konsonan [h].

Dapatan leksikal dalam BMS ditulis bersifat Linguistik iaitu leksikal atau morfem ditulis atau ditandai dengan lambang {  }. Contoh {makanan}.

Contoh DJK   –        BMS

1. bule        –         { bole}

4. Pengguguran fonem pada kedudukan koda dalam suku kata pertama dan kedua dalam leksikal. Contoh dalam DJK ialah berlaku pengguguran Konsonan [n] dan [l].

Dapatan leksikal dalam BMS ditulis bersifat Linguistik iaitu leksikal atau morfem ditulis atau ditandai dengan lambang {  }. Contoh {makanan}.

Contoh DJK :

1. bata       –        {banta}

5. Pengguguran fonem vokal pada kedudukan Rima dalam suku kata pertama leksikal. Contoh dalam DJK ialah berlaku pengguguran vokal [e].

Dapatan leksikal dalam BMS ditulis bersifat Linguistik iaitu leksikal atau morfem ditulis atau ditandai dengan lambang {  }. Contoh {makanan}.

Contoh DJK :

1. blanjo     –       {blanje}

6. Pembentukan leksikal baru bagi leksikal yang sedia ada dalam BMS

Dapatan leksikal dalam BMS ditulis bersifat Linguistik iaitu leksikal atau morfem ditulis atau ditandai dengan lambang {  }. Contoh {makanan}.

Contoh DJK :

1. gewe           –           {teman istimewa}

2. supek          –           {plastik beg}

3. nusuk          –           {sembunyi}

4. tubek          –            {keluar}

5. ghok           –             {semak}

6. nawok         –             {bohong}

7. samah         –             {lima puluh sen}

8. lembek       –              {tilam}

9. sengoti       –               {sebenarnya}

KESIMPULAN

Secara kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada dapatan data dan analisis data kajian jelas menunjukkan dialek Jeli Kelantan (DJK) turut mengalami proses pembentukan kata yang juga lazim terjadi dalam Bahasa Melayu Standard apabila dilihat dari sudut ujaran. DJK juga dilihat mewujudkan pembentukan leksikal baru terhadap bentuk leksikal asal BMS.

 
1 Comment

Posted by on April 28, 2013 in Aspek Pembentukan Kata, Bab 4

 

One response to “Aspek Pembentukan Kata

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: