RSS

Tugasan

Konsep/ Definisi 5 Personaliti Utama

Dari sudut Psikologi, terdapat 5  Ciri Utama personality individu yang dapat dibahagikan kepada 5 sifat yang asas berdasarkan konsep yang dikenali sebagai OCEAN.

Menurut ahli Psikologi Dr. John A. Jhonson OCEAN mewakili setiap sifat yang berbeza antara satu sama lain. 5 sifat tersebut ialah :

  • (O) OPENESS TO EXPERIENCE – Berfikiran Terbuka
  • (C) CONSCIENTIOUSNESS – Berhemah, suka memberi pandangan atau nasihat yang positif dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap sesuatu perkara
  • (E) EXTROVERT – Sifat sosial yang tinggi (suka bergaul, suka bercakap, suka mendapatkan perhatian melalui tingkah lakunya dan cara bercakap )
  • (A) AGREEABLE – Mudah menerima pendapat, suka menimbulkan suasana yang ceria melalui hubungan sosial yang baik dan menjaga pertuturan (tidak menyakiti hati dan menyinggung perasaan) melalui kata-kata sapaan yang menceriakan.
  • (N)  NEUROTICISM – Mempunyai gangguan emosi yang ketara, seperti cepat marah, mudah tidak puas hati, tegang, sensitive dan sentiasa murung.

OPENESS TO EXPERIENCE- Berfikiran Terbuka

Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempuyai sikap atau minda yang terbuka terhadap sesuatu idea atau pendapat. Di samping itu mereka ingin sangat terdedah kepada sesutu pengalaman yang baru. Bagi golongan ini dunia ini merupakan “Tempat Pembelajaran” mereka, dan bagi golongan ini setiap daripada pengalaman yang diterima atau datang pada mereka akan di gunakan dengan sepenuhnya.

Mereka mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu mendalam. Mereka suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai kesenian. Golongan ini juga lebih peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. Mereka bertindak dan berfikir secara cara tersendiri (individualistic) dan dalam cara yang kurang berkontroversi (tidak mudah tegang tetapi lebih matang dan rasional).

Sikap terbuka (openess to experience) ini pada pandangan ramai ahli sosiologi adalah sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk mereka.Walau bagaimanapun pemikiran terbuka dan tertutup ini berguna pada situasi atau persekitaran yang berbeza.

(Sumber: Ciri Personaliti Lima Utama –Wikipedia)

CONSCIENTIOUSNESS- Berhemah

Nilai mempunyai kesedaraan yang tinggi dan berhemah ialah satu ciri personaliti dimana seorang individu itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan dan gemar memberi pandangan atau nasihat yang membina terhadap masyarakat sekelilingnya.

Antara ciri yang dipunyai oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup berkerja keras untuk sesuatu ,menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya, berdisiplin , bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur (organized) ,  menerima perubahan bagi tujuan kebaikan dan sentiasa mengambil berat terhadap orang lain.

Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering dan selalu berkerja keras (workaholics) dan dikategorikan dalam satu tingkah laku yang disebut sebagai “Obsessive Compulsive Perfectionists Behavior”.Tambahan pula, individu yang tinggi dalam nilai ini kadang-kala membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka yang tidak ingin mengambil risiko dan kurang ingin terdedah kepada persekitaran (less adventurous).

Golongan yang kurang mempunyai kesedaran (unconscienctiousness) lazimnya akan di kritik kerana tidak mempunyai cita-cita, kurang di percayai, dan tidak beramanah.Tetapi, golongan ini tidak akan di copkan sebagai orang yang membosankan.

Menurut satu kajian yang di lakukan,dikatakan bahawa kesedaran kita terletak pada bahagian lateral belakang otak kita dan di katakan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan kubah (dome-shaped) ,manakala orang yang mempunyai kesedaran yang kurang mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan bujur (oval shaped)

(Sumber : Ciri Personaliti Lima Utama)

EXTROVERT

Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap “out going” , penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif.Individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari dirinya sendiri. Golongan ini tahap sosial yang tinggi dan sangat gemar menarik perhatian masyarakat di sekelilingnya melalui cara bercakap, penampilan, gaya hidup, mereka suka sangat bercakap,menilai diri mereka dan mendapat perhatian.

Berbanding dengan kumpulan ini terdapat satu kumpulan lagi yang betul-betul berbeza dari kumpulan Extrovent iaitu kumpulan yang di kenali sebagai golongn Introvent. Golongan introvent ini kurang dari segala aspek yang di miliki oleh kumpulan golongan Extrovent. Antara ciri personaliti yang di miliki oleh golongan ini adalah seperti kurang bertenaga, suka persendirian, dan biasanya kurang berhubung dengan masyarkat sekeliling.

Kurang penglibatan mereka dalam masyarakat bukan bermakna mereka ini “Anti-sosial”, sedih (depressed) atau berasa malu ,tetapi mereka ini tidak perlu banyak stimulasi dari persekitaran mereka berbanding dengan yang berada dalam golongan extrovent dan lebih memilih untuk bersendirian .

(Sumber : Ciri Personaliti Lima Utama – Wikipedia)

AGREEABLE

Seseorang individu mempunyai sifat menghormati pendapat yang berbeza dari dirinya dan memberi kerjasama dan keharmonian sosial diantara masyarakatnya. Individu yang mempunyai sifat yang menyenangkan perasaan orang lain melalui menjaga tutur kata, menggunakan ayat sapaan yang menceriakan suasana dan sangat  menghargai perhubungan diantara orang ramai.

Tetapi keburukan memiliki trait ini ialah antaranya orang ini kurang sesuai untuk membuat kerja-kerja yang lasak atau yang memerlukannya membuat keputusan yang berpendirian yang kukuh contoh dalam bidang koprat.

(Sumber : Ciri Personaliti Lima Utama – Wikipedia)

NEUROTICISM

Trait ini merujuk kepada mereka yang kebiasannya berpandangan negatif. Mereka yang bertahap tinggi dalam trait ini pada mulanya merasa satu sifat yang negatif yang spesifik contoh seperti kemarahan, kemuraman (depression), ketakutan atau kebimbangan pada sesuatu isu, tapi kemungkinan orang ini akan merasakan lebih dari salah satu emosi-emosi negatif ini pada satu-satu masa yang tertentu atau pada masa yang sama juga.

Mereka dalam golongan ini mempunyai emosi yang reaktif. Ini dikatakan demikian kerana mereka bertindak dengan lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang pada padangan atau response orang lain adalah biasa.Reaksi mereka terhadap perkara-perkara ini adalah lebih tertekan.

Mereka lebih tercenderung untuk memandang sesuatu situasi yang normal sebagai mengancam nyawa dan kekecewaan yang kecil dalam hidup mereka sebagai sesuatu yang sangat susah.Disebabkan emosi-emosi yang negatif ini berpanjangan, pada kebiasaannya golongan ini tertekan sepanjang masa. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, golongan ini tidak dapat berfikir secara logik.

(Sumber : Ciri Personaliti Lima Utama – Wikipedia)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: