RSS

Aspek Makna Kata

17 May

Pengkaji telah menjalankan kajian terhadap Subjek Kajian yakni Responden merupakan penutur natif dialek Jeli, Kelantan.

Pada tahap kajian keempat pula, pengkaji memfokuskan kajian terhadap aspek makna kata yang dihasilkan oleh Responden dalam dialek Jeli yang amat berlainan maknanya setelah dibandingkan dengan makna sebenar dalam BMS.

Pendekatan yang digunakan oleh pengkaji adalah juga secara mikro, yakni pengkaji menemuduga Responden dengan beberapa soalan secara terarah yang membolehkan pengkaji mendapat respon daripada Responden untuk menyebut leksikal / kata pilihan pengkaji dalam gaya sebutan dialek Jeli yang dikuasainya.

Hasil dapatan daripada temuduga yang telah dijalankan, memperlihatkan wujudnya leksikal dalam dialek Jeli, Kelantan yang amat berbeza sekali maknanya berbanding dengan makna sebenar dalam BMS.

Berikut adalah Rakaman Audio Aspek Makna Kata:

https://soundcloud.com/wahidah-1/3-1

Berikut adalah Transkripsi Teks Dialek Jeli, Kelantan dan Bahasa Melayu Standard (BMS) sebagaimana dalam rajah berikut :

Transkripsi   Dialek Jeli, Kelantan Transkripsi Bahasa Melayu Standard
Data 1 :
Bule-bule,   pahni kito gi slalu la. Boleh-boleh, selepas ini kita   pergi sekarang la.
Data 2:
Skalo,   denge saing-saing, tapi ado gok denge family. Tapi kalu denge family, ayoh   ambo dok suko siap lamo-lamo, keno derah-derah siap. Biasanya, dengan kawan-kawan,   tapi ada juga dengan family. Tapi kalau dengan family, ayah saya tidak suka   bersiap lama-lama, kena cepat-cepat bersiap.
Data 3:
Sene ja   nok pujuk, oyak la ko dio “bo bo la teghiok nati kito gi beli ice cream!..” diye slalu la budok tu. Senang sahaja hendak pujuk,   cakap la kepada dia ” sudah-sudah la menangis nanti kita pergi beli ais   krim!…” diam terus budak itu.
Data 4:
Ambo tok   kene oghe kuat bua!..meme tok   suko. Saya tidak berkenan orang kuat   bohong!..memang tidak suka.
Data 5:
Tiko gelap meme, tok leh kuar ghumah la.   Oghe tuo oyak tok molek. Pate laghe masih dok ikut la. Ketika gelap (waktu malam),   tidak boleh keluar rumah. Orang tua cakap tidak molek (elok). Pantang larang   masih diikuti.
Data 6:
Ambo lo   ni mengaji di Universiti kat   Selangor. Saya sekarang ini mengaji   (belajar) di Universiti di Selangor.
Data 7:
Ambo tok   suko buwat kijo gadoh-gadoh.   Ambo keno selidik dulu, baghu wat decision. Saya tidak suka buat kerja   terburu-terburu. Saya kena selidik dahulu, barulah buat keputusan.
Data 8:
Baghe   behargo keno sipe molek. Bubuh dale soghok la. Sene nak caghi mula. Barang berharga kena simpan   elok. Letak dalam sorok (laci). Senang hendak cari lagi.
Data 9:
Ambo   kalu kelik kapong meme suko bena gi make gula. Saya kalau balik ke kampung   memang suka benar pergi makan kenduri.
Data 10.
Lagu mana lagi?mesti la keno usoho   sungguh hati kalu nak berjaya maso depe. Macam mana lagi?mesti la kena   usaha sungguh hati kalau hendak berjaya masa depan.
Dapatan leksikal  analisis makna kata
Data 1:
1. slalu (sekarang) selalu (tiap kali)
Data 2:
1. derah (cepat) deras (aliran air yang laju)
Data 3:
1. teghiok (menangis) teriak (jeritan)
Data 4:
1. bua (bohong) bual (bercakap/komunikasi)
Data 5:
1. gelap (malam) gelap (suasana yang tidak ada cahaya terang)
Data 6:
1. mengaji (belajar) mengaji (membaca Al Quran)
Data 7:
1. gadoh-gadoh (terburu-terburu) gaduh (berkelahi/ pertengkaran)
Data 8:
1. soghok (laci/tempat simpanan) sorok (sembunyi)
Data 9 :
1. gula (makan kenduri) gulai (masakan yang berkuah)
Data 10:
1.lagu (macam mana) lagu (lirik yang dialunkan dengan muzik)
DAPATAN TAMBAHAN DALAM ANALISIS MAKNA KATA IALAH :

1. Wujud Penukaran Kod

contoh data :

[Skalo,   denge saing-saing, tapi ado gok denge family. Tapi kalu denge family, ayoh   ambo dok suko siap lamo-lamo, keno derah-derah siap.]

Leksikal {family} adalah bukti penukaran kod.

 

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian dalam aspek makna kata jelas didapati dalam DJK terdapat atau wujudnya leksikal yang bentuk linguistik yang sama dari bentuk ejaannya tapi mempunyai berlainan makna dalam BMS.Namun begitu, hasil kajian bagi tujuan aspek makna kata, pangkaji mendapati penutur DJK juga cenderung dalam melakukan Penukaran Kod sebagaimana dalam contoh yang diberikan dalan data.

 
2 Comments

Posted by on May 17, 2013 in Aspek Makna Kata, Bab 4

 

2 responses to “Aspek Makna Kata

  1. Nor Amirah Rosman

    May 27, 2013 at 10:59 pm

    Melalui kajian ini, saya memperoleh banyak input dari aspek makna. Tahniah! Kajian ini membantu saya untuk mengenali dialek Kelantan.

     

Leave a comment